Sudah menjadi trend pengantin masa kini, mengabdikan kenangan raja sehari dalam sesi fotografi selepas majlis perkahwinan. Lazimnya trend gambar perkahwinan biasanya dilakukan di taman, bawah pokok rimbun ala-ala dalam hutan gitu.
Namun, bagi jurufoto Mohamad Akmal Sarjani, kisah pertemuan mempelai dikenali sebagai Farhan dan Ain baru-baru ini, mencetuskan idea hingga mendorongnya merakam gambar dengan konsep menceritakan semula detik pertemuan pertama mereka.
Foto kenangan indah pengantin berlatar belakang banjaran gunung itu dirakam satu persatu menggambarkan detik permulaan pertemuan sehinggalah ke jinjang pelamin.
Kisah tersebut bermula apabila Ain menghadapi masalah dengan kereta yang dipandu hingga terpaksa berhenti di bahu jalan.
Kredit Foto : Mohd Akmal Sarjani
Panik dan buntu sambil memerhatikan enjin kereta, tiba-tiba muncullah pula hero yang prihatin.
Dari mata turun ke hati, sambil memeriksa enjin kereta tersebut, mereka saling bertentang mata dan berdialog antara satu sama lain.
Berkat bantuan yang dihulurkan, akhirnya kenderaan itu berjaya dihidupkan semula dan pasti anda tahu cerita selanjutnya.
Kompilasi foto ini mendapat perhatian dan pujian warga maya. Selain hasilnya yang cantik, penceritaan pada setiap gambar seolah membawa bersama kita menyelusuri detik pertemuan manis itu.
Bersesuaian dengan peredaran masa, merakam detik indah dengan cara dan setting yang luar dari kotak kebiasaan tampak lagi menarik. Lagi 'rare' lagi bagus kan? - CARI
|