Susulan kes rogol melibatkan selebriti rancangan realiti baru-baru ini, Akhi Fairuz Al- Jengkawi menerusi Facebooknya menggesa mangsa kes rogol itu tampil membuat laporan.
Katanya lagi, sebarang usaha untuk merogol juga perlu dilaporkan. Usah takut untuk tampil agar nasib mangsa terbela dan pelaku diadili sebaiknya.
Kredit Foto - FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Dalam hantaran ini, beliau turut menceritakan bahawa seorang Youtuber, Kepengss yang memuat naik video berkaitan selebriti berkenaan turut menerima aduan daripada mangsa mengenai perkara itu.
Menurut Kepengss, sebelum ini ramai mendiamkan diri kerana status pendakwah selebriti itu seorang yang terkenal dan ramai peminat tersendiri.
Kes rogol atau liwat bukanlah perkara asing kini, walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan. Namun, masih ada wanita yang diperkosa sanggup me-ngunci mulut dan membiarkan detik hitam dialaminya itu terus dirahsiakan.
Mereka lebih rela hidup dalam keadaan tertekan serta tidak terurus akibat trauma dari membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Ubahlah stigma itu. - CARI |