Sangat tidak masuk akal apabila bekas suami membuat tuntutan nafkah daripada Kelly Clarkson untuk diri dan dua anaknya.
Kredit foto: In Touch Weekly
Menurut majalah People yang dipetik Gempak, Brandon Blackstock yang juga bekas pengurusnya meminta RM1.8 juta sebulan selepas mahkamah memberikan hak jagaan River Rose, 6, dan Remington Alexander, 4, kepada Kelly.
Blackstok bagaimanapun diberi hak melawat dua anak mereka yang menetap di Los Angeles dengan Kelly.
"Kelly bersetuju memberikan wang belanja anak, namun Blackstok meminta sebanyak RM1.2 juta untuk nafkah dirinya dan RM550,000 sebagai perbelanjaan bulanan dua anak mereka," kata sumber kepada People.
Kredit foto: IG
Jika tuntutannya dipersetujui, ini bermakna Blackstock akan menerima RM21 juta setahun daripada penyanyi itu.
Itu belum lagi termasuk beberapa tuntutan lain untuk dirinya sendiri sahaja. - CARI |