View: 1612|Reply: 9
|
Lelaki Panjat Keluar Tingkap Tingkat Enam Kerana Diganggu Rakan Mabuk
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga Indonesia bertindak memanjat keluar tingkap dari tingkat enam sebuah pangsapuri hari ini kerana diganggu rakan serumah yang mabuk.
Gambar hiasan
Dalam kejadian berlaku di Bukit Indah itu, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa berusia 32 tahun agar kembali memasuki rumah.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 7.28 pagi.
Katanya, lapan anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, didapati seorang lelaki warga Indonesia telah keluar tingkap di tingkat enam sebuah kediaman.
“Siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian selepas diganggu rakan serumah yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa agar kembali memasuki rumah.
“Operasi menyelamat ini ditamatkan pada pukul 7.58 pagi selepas memastikan keselamatan mangsa,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mabuk kat rumah pun menyusahkan orang lain jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
bau ikan ka bau tempe ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia rasa disitu tempat paling selamat buatnya dari nak kena hadap orang mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
Diganggu nak disetubuhi ke? Ke gangguan yang annoying? |
|
|
|
|
|
|
|
Pemabuk ni.. Mana2 pun menyusahkan org lain.. Bising2 bila mabuk.. Geram aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa xkeluar ikut pintu? |
|
|
|
|
|
|
|
x, masalahnya skrg knapa kuo ikut tingkap? ke pintu da kne kunci or sipemabuk duduk depan pintu? aahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dia pula yang mabuk keluar ikut tingkap macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe kawan dia dok raba2 ke atau mcm lalok2 camtu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|