Gara-gara dicabar oleh rakannya, seorang wanita sanggup berbasikal dengan berbogel meredah kesejukan di kota London sejauh 16km.
Pengorbanannya berbaloi apabila dia diberi ganjaran sebanyak 8,000 pound sterling atau kira-kira RM44,000 kerana keberaniannya menahan kesejukan 4 darjah selsius di musim sejuk ini.
Foto : Kerri Barnes
Ahad lepas, Kerri Barnes mengayuh basikal tanpa mengenakan pakaian, hanya lah seluar dalam untuk menutup kesejukan di alat sulit.
Menurut Daily Star, Kerri sebenarnya berbuat demikian untuk mendapatkan dana bagi badan bukan kerajaan kesihatan mental setelah kehilangan sepupunya dalam insiden mental tersebut.
"Saya bertanggungjawab menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mental ini kerana sejak tempoh kuarantin, kes mental meningkat mendadak."
Foto : Kerri Barnes
Bagi Kerri, sangat menyedihkan apabila sepupunya sendiri mengambil keputusan mengambil nyawanya sendiri ketika perintah berkurung pertama baru-baru ini.
"Jadi, saya lakukan sesuatu yang luar biasa supaya mendapat perhatian iaitu berbogel di Kota London."
Malahan, respon yang diterima oleh netizen sangat positif kerana menyedari kepentingannya kepada kesihatan.
Foto : Kerri Barnes
Untuk menjayakan program ini, Kerri berlatih di bawah mandian air sejuk yang tidak lah sesejuk seperti yang digambarkan.
"Ketika melintas jambatan Waterloo, angin memang sejuk. Begitu juga di Hyde Park dan Trafalgar Square, beberapa pasangan turut bersama-sama saya mengayuh basikal dan ada yang menurunkan tingkap kereta menegur dan ianya pengalaman yang menyeronokkan."
Foto : Kerri Barnes
Macam-macam yang dilakukan oleh mereka ya. Ada orang Malaysia berani menyahut cabaran? - CARI