View: 6711|Reply: 51
|
Dah Sampai Ke Melaka, "Menggigil Bila Dengar Ketukan Tapi Tiada Orang"
[Copy link]
|
|
"Menggigil saya apabila mendapati tiada sesiapa di luar sedangkan cara pintu diketuk itu seolah-olah seseorang meminta ia dibuka dengan segera.
"Tidak pernah pintu rumah saya diketuk pada 3.30 pagi macam pagi tadi, saya hairan siapa pula mengetuk pintu dengan kuat, tetapi apabila saya menjenguk di tingkap, tiada sesiapa di luar," kata Mohd Amin Kassim, 32.
Peniaga dadih itu berkata, dalam kejadian itu, dia belum tidur kerana asyik bermain permainan dalam telefon bimbit manakala isteri, Holimatus Holi, 28, sudah masuk tidur bersama-sama empat anak berusia antara dua hingga 10 tahun.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, secara tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu hadapan yang kuat hingga menyebabkan daun pintu bergegar.
"Saya memberanikan diri membuka tingkap, tetapi tidak nampak sesiapa pun di luar dan dalam sekelip mata tubuh saya menggigil ketakutan kerana terlintas di fikiran ada tetamu tidak diundang mencuba mengganggu kami.
"Sebaik sahaja menutup tingkap, ketukan itu terhenti dan saya menunggu kira-kira lima minit berhampiran tingkap untuk segera meninjau jika ada sesiapa mengetuk pintu lagi.
"Bagaimanapun, tiada ketukan susulan kedengaran dan sekali lagi saya meninjau keadaan di luar sebelum mendapati tiada apa-apa berlaku," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Londang, Masjid Tanah, dekat sini, hari ini.
Mohd Amin berkata, dalam keadaan menggigil ketakutan, dia memastikan selak pintu tidak terbuka sebelum masuk ke dalam bilik.
Bagaimanapun, tidak mengejutkan dan memaklumkan kejadian itu kepada isterinya ketika itu, sebaliknya hanya berbuat demikian pada 10 pagi hari ini.
Sementara itu, Holimatus berkata, dia tidak mendengar sebarang bunyi kerana tidur dalam keadaan keletihan selepas menjaja dadih, sagu dan jeli kelapa dihasilkan sendiri di pantai peranginan Pengkalan Balak, petang semalam.
"Setiap petang saya menjaja makanan itu dengan berjalan di sepanjang pantai yang dipenuhi pengunjung dan selepas pulang, saya keletihan.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami tidak mengalami kejadian tidak diingini ketika meninjau dari celah tingkap," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa rumah Melayu je yang kena setakat ni? kat Sarawak pun sama jugak, cuma rumah orang Melayu je kena ketuk. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb nak masuk rumah melayu kena ketuk xperlu tekan lonceng
|
|
|
|
|
|
|
|
Laju betul berjalan yeeee... Kawan kaka hantar pic pki glass door. So spekuan porumer pintu kaca xkena salah juga.. Semua pintu kena gamaknya. Hihiii |
|
|
|
|
|
|
|
orang iban, cina, india , singh tak kena ek?
kalo ikut firasat Al-Fadil, orang2 beriman ni selalu kene dugaan dari jins and syaitons
|
|
|
|
|
|
|
|
petua orang cina, kalo letak cermin depan pintu rumah, hantu lari sebab tgk muka sendiri..
cuba letak cermin tgk, betul tak apa teori kaum cina tu buat, kalo tak ketuk tu, jadi boleh la dipraktikkan....
bukan lah aku suruh korang syirik, tp eksperimen..
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols gigih forward ws psal hantu ketuk2 ni... iols rolling eyes sajokk.. entah iols bukan la x percaya benda2 ghaib ni tapi entah, iols mcm rs mcm hoax jah |
|
|
|
|
|
|
|
kaka letak filter tiktok depan pintu berjoget hantu tu buat tiktok.
haah nak kenal premis percaya benda ni tengok atas kedai, kedai makan melayu pun ada, wafak ke apa, tengok kt bahagian frame, kt dinding atas biasa kedai percaya petua or memakai pelaris kt celah2 tu dia letak botol minyak atau gantung kulit2.
dalam forum ni ada satu sister famous dengan balan2. balik sabah tengah guna toilet pun balan2 kacau. aisy atau aira nama sista tu dh lupa
|
|
|
|
|
|
|
|
sama cm artificial sun, dekat tiktok viral matahari muncul dua. dh nak kiamat sulamkan dengan ayat alquran. walhal matahari di maksudkan kuasa kepanasan core nuclear fushion tu dijangka 10 kali ganda daripada core matahari.
senang sangat orang percaya. tujuan buat nuclear fusion nak dapat clean energy dan sustainable energy.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia sorang dgr,
err main game apa tu?
mgkn neuron2 dlm otak terjejas kot, sebab main game lama sgt...
kadang2 masuk rm100 dpt bonus 400 pastu tak nak cuci, pastu abis modal dgn duit kemenangan pn boleh menyebabkan neuron2 otak terganggu tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama wife dia holimatus holi?jadi bapak mertua dia nama holi?
Baidewei,xkan xde explanation lgsg psl ketukan ni?mana PU,Daie y boleh rawat paranormal ni?{:smile tulaa korg..dah tangkap syedsy*t,xde daa y boleh pulihkn paranormal..{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
uiksssh kes ketuk pintu ni kira da jadi urban legend la ye |
|
|
|
|
|
|
|
ada buat road show ke tu?
amboiihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Eloknya perangai dah jadi bapak main game sampai 3.30 pagi.
Siang tu tak menolong bini menjaja ke?
Aku speku 'benda' yang ketuk pintu umah ko tu nak tanyer tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu resis
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu perkara yg saya heran, mcmana suratkhabar boleh dpt tau ada rumah org diketuk pintu tp takde org? Adakah tuan rumah terus contact wartawan bila pintu rumah diketuk? Atau dia bgtau kawan2 dah cerita tersebar sampai ke pengetahuan wartawan? |
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk ni hanya ketuk rumah umat melayu je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cer pasang cctv 1 unit pada dinding berhampiran pintu..
mana tau kalo tertangkap imej ganjil boleh popular 1 malaya |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ... sama lah, I pon pikir benda yang sama. Itu pon boleh masuk newspaper?
|
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud cuci2 tu?
selalu dpt sms bonus sekian2, boleh cuci..
boleh tlg explain?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|