"Bila dalam sebuah pertandingan, kita yang duduk di kerusi juri pun, kita tak tahu berapa orang sebelah (juri lain) kasi markah."
Itu penjelasan juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat mengenai markah penjurian di pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza (GV) yang mengejutkan semalam.
Menyaksikan tiada penyingkiran membuatkan ketujuh-tujuh finalis mara ke peringkat akhir dan ianya pertama kali berlaku sejak GV dianjurkan pada tahun 2014 lagi.
Foto : IG
Menurut Syafinaz lagi, dia sendiri tidak menyangka keputusan itu kerana setiap juri mempunyai kriteria berbeza, seperti yang diceritakan dalam segmen GV Live sejurus tamat pertandingan.
"Jadi, markah itu personal kan? Kadang-kadang kita sebagai juri pun akan tanya oh! markah peserta ini di sini? Padahal mungkin saya letakkan dia di atas, juri lain letakkan dia di bawah."
Foto : IG
Syafinaz turut memberikan beberapa nama yang disifatkan menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu.
"Saya tak menonton persembahan mereka dari awal, tapi minggu lepas saya ada di sini dan minggu ini dia ada perubahan yang besar. Selain itu, Ayu dan Ashira juga lebih baik. Mungkin kerana pemilihan lagu yang bersesuaian."
Foto : IG
Tidak menolak GV adalah program pertandingan yang penuh kejutan, namun itulah yang memberi kelainan dan keseronokan.
"ada saya, ia lebih seronok dengan adanya elemen kejutan itu. Untuk menjadi juara, saya rasa dia perlu menarik minat kita menonton persembahannya dari mula sampai akhir."
Foto : IG
Nampaknya semakin banyak teka-teki dalam GV dan pastinya ramai tidak sabar untuk menonton pertandingan akhir yang julung kalinya menampilkan tujuh finalis serta segmen duet bersama juara-juara GV yang lalu. - CARI |