View: 10754|Reply: 128
|
"Mereka Yang Jatuh Langgar Sesama Mereka, Buat Apa Kami Susahkan Diri?"
[Copy link]
|
|
Pelbagai tanggapan dibuat apabila tular gambar motosikal terbaring di tepi jalan.
Malahan senario itu membuatkan netizen meninggalkan komen berbaur kecewa terhadap pihak polis, semuanya gara-gara kejadian ketika Op Samseng Jalanan yang dijalankan polis trafik baru-baru ini.
Bagi mendapatkan kepastian, mStar menghubungi salah seorang remaja berusia 18 tahun yang terbabit dalam kejadian itu.
Seorang remaja berusia 18 tahun yang terbabit dalam kejadian itu, Ahmad Razali mendakwa motosikal yang dilihat terbaring di tepi jalan itu ditendang polis pada hari kejadian.
Kredit Foto: mStar
"Kalau boleh lihat dalam gambar itu, motosikal yang terbaring di tepi jalan itu adalah disebabkan ditendang pihak polis, manakala kami diarahkan untuk duduk dan tidak boleh mengeluarkan telefon.
"Saya tak sangka pihak polis boleh buat macam tu," dakwanya lagi.
"Saya ditahan kerana tidak mempunyai lesen. Sebenarnya dah banyak kali saya kena tahan, tapi kali ini lain macam sikit caranya," ujarnya sambil menambah mereka yang ditahan diarah menolak motosikal mereka ke balai polis berhampiran sejam selepas ditahan kira-kira pukul 5 petang pada 6 Disember lalu.
Kredit Foto: mStar
Menurut laporan di akaun Facebook Polis Daerah Nilai, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di Negeri Sembilan telah menjalankan Op Samseng Jalanan di Tasik Senangin, Lenggeng di negeri berkenaan, Ahad lalu.
Hasil operasi tersebut, polis mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang, selain menahan beberapa motosikal dan individu di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai, Asisten Superitendan Mohd Hafidzal Zainal Abidin menafikan kejadian.
"Tidak berlaku sebarang kejadian tendang-menendang motosikal pun pada hari operasi tersebut.
"Itu hanya provokasi sahaja, dan sudah menjadi kebiasaan menerima komen-komen negatif seperti itu," jelasnya.
Tambahnya lagi, motosikal yang dilihat terbaring di bahu jalanan itu adalah disebabkan mereka ingin melarikan diri dan melanggar sesama mereka kerana semua jalan tikus ditutup pihak polis.
"Mereka yang langgar sesama mereka, bila dah jatuh, kami biarkan sahaja motosikal itu.
"Buat apa kami nak susahkan diri nak tendang motosikal itu semua," katanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
3
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak kali kena tahan pun masih tak serik, dapatkanlah lesen menunggang motorsikal bukannya susah kalau dah biasa bawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya lah kalau polis nak tendang pung
Hahaha..
Banyak kali buat salah dah...degil bebenor ni |
|
|
|
|
|
|
|
Percaya lah ckp mat rempit ni.. kalau motor tegak boleh gak la cilok lari rempit masuk semak kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis malas nak layan bebudak ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi takbir malam raya kat kota tinggi hari tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah degil sangat itulah makan nya pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg viralkan pic motor terbaring tu dah kenapa
Kalau budak2 motor tu ada salah kita nak bela juga ke
Mcm polis tu cakap la, buang masa je |
|
|
|
|
|
|
|
Time2 covid ni la korang nk merempit.. Hmm.. Xphm btol perangai masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan mat rempit tak pernah tak bodo
terang2 ko buat salah, taichi pulak ke org lain |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya ditahan kerana tidak mempunyai lesen. Sebenarnya dah banyak kali saya kena tahan, tapi kali ini lain macam sikit caranya,"
Selayaknya ang kena penerajang dik oii. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka
Sendiri cari masalah, mendapatlah |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dh 18 xreti2 nk amek lesen sndri ke? Tegar dia btau sblum2 dh kna tahan tp x serik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul polis tendang, selayaknya la.. |
|
|
|
|
|
|
|
rempit sial hati tisu muto kene tendang?
gi mampos la kauuuuu.... prrfthhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
elok polis tendang mat rempit ni, bukan tendang motor je..terang2 ngaku takde lesen...ingat nak bagi layanan kayangan? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tahu sgt bdk3 kwsan lenggeng ni.. bak kata org noghori.. begar dogil bdknyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu...polis tak pakai sniper lg. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya la kena penerajang, elok terajang muka kau sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Tendang ngan tuan motor sekali, dah dua tiga kali kena tahan pun ko buat derk jah pun kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|