CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2171|Reply: 8

Rajin Derma Sperma, Jadi ‘Bapa Segera’ Kepada 23 Anak Dalam Setahun

[Copy link]
Post time 10-12-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode





Seorang lelaki Vietnam di Australia yang bernama Alan Phan ditahan pihak berkuasa setelah dia menjadi ‘bapa segera’ kepada 23 orang anak dalam masa setahun.


Menurut laporan akhbar Daily Mail, lelaki berusia 40 tahun itu disiasat di bawah Victorian Assisted Reproductive Authority (VARTA) kerana menghasilkan ramai keturunan.





Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak klinik memberitahu penguatkuasa bahawa Phan mendermakan spermanya tanpa sebarang pendaftaran.

Phan telah melanggar undang-undang dengan menjadi bapa kepada ramai anak dan melebihi had yang ditetapkan negara terbabit.

Persatuan Kesuburan Australia (The Fertility Society of Australia) hanya membenarkan lelaki untuk menghasilkan 10 keluarga daripada sperma mereka, termasuklah keluarganya sendiri.

Dalam pada itu, Phan sudah memiliki dua cahaya mata hasil dari perkahwinannya dengan isteri, Merlyn Phan.






“Sejak mula menderma, saya hanya bercadang untuk menderma sebanyak sembilan kali. Selepas itu, saya menerima pesanan…

“…daripada seorang wanita dan berkata bahawa pendermaan tersebut telah berjaya menghasilkan anak,” katanya.

Menurutnya, itu merupakan kali yang ke-10 dia menderma sperma dan sepatutnya kali terakhir bagi seseorang dibolehkan untuk menderma sperma. Namun begitu, dia berfikir:

“Alang-alang saya sudah menderma mencukupi had, alangkah baik jika saya bantu orang lain lagi,”
jelasnya.


Baginya, tindakan menderma sperma adalah satu hobi dan dia turut menganggapnya sebagai satu pekerjaan dalam membantu individu atau pasangan yang ingin memiliki anak.






Ini kerana tindakan tersebut memerlukannya untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seksual, bersenam setiap hari dan mengambil banyak suplemen serta vitamin untuk menjaga kualiti ‘benihnya’.

Berikutan itu, dia pernah mengalami kesukaran untuk menolak permintaan tiga wanita yang berjumpanya untuk mendapatkan derma sperma dalam masa sehari.

Secara umum, setiap negeri di Australia mempunyai undang-undang, peraturan dan garis panduan berbeza berkaitan dengan bantuan kesuburan yang membabitkan sperma didermakan daripada seorang penderma.






[size=1.1]



[size=1.1]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg membeli nya pun.. kalau iols baik beli benih kokesen. Kurang2 keluar hidung mancung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94: Yg membeli nya pun.. kalau iols baik beli benih kokesen. Kurang2 keluar hidung mancung..


Uol tau tak di keheningan malam ini ai tergelak besar baca reply uols. Ai setujuh. Husnuzon, mungkin murah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 08:34 PM
Yg membeli nya pun.. kalau iols baik beli benih kokesen. Kurang2 keluar hidung mancung..

Pengaruh KPOP niii kott.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 02:33 AM | Show all posts
ramai je nak derma ni aku rasa cuma kalau boleh tolong keluarkan benih pun jadi lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Perhhhhh hebatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang eh mintak benih je takyah jaga
Apasal takleh preknen masa ONS tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah tgk drama US tak ingat la tajuk apa pasal lelaki ni masa kat kolej jual sperma utk dapat duit... Bila dah abis study, dah kerja, dah kahwin tak nak anak pulak... Sampaikan anak2 dari sperma dia buat group kat tenet, wife dia tau, lelaki tu mati sbb "accident" payung terjun...
Padahal wife dia yang rancang accident tu..

Legal la kot derma sperma ni.... Tapi pastikan baka bagus la ya... Setakat rupa mamat ni tak berkenan la... Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gen omputih mesti lg kuat kan.. dpt la anak pan asian yg comel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 1.325595 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list