Geng berbasikal alaf baru memang menimbulkan kemarahan ramai orang. Masakan tidak dengan habit melanggar lampu merah, insiden membawa basikal masuk ke kafe atau tempat larangan seperti Pintasan Elmina, memanjat mercu tanda Elmina, mengayuh hingga menyusahkan pengguna jalan raya dan sebagainya.
Ada dakwaan berkata, ianya berpunca daripada golongan artis yang suka mempamerkan kemewahan dengan cara tidak masuk akal, betul ke?
Foto :Twitter
Pelantun lagu Peluang Kedua, Nabila Razali didakwa memulakan trend memanjat bukit Elmina dengan menuntun basikalnya semata-mata untuk mengambil gambar dengan mercu tanda padang awam tersebut.
Ianya menyebabkan aksinya diikuti segelintir kumpulan basikal yang tidak bertanggung jawab hingga merosakkan alam sekitar.
Foto : twitter
Terdahulu, aktres Bella Dally mengaku salah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oktober lalu dengan mengayuh basikal di Genting Sempah.
Foto : IG
Begitu juga dengan aktres Hanez Suraya yang dikritik netizen kononnya memakai baju ketat ketika berbasikal sehingga menampakkan benjolan tidak sepatutnya (tetapi kini Hanez sudah memakai baju yang tidak terlalu mencolok mata).
Jadi, berbasikal ini sebenarnya untuk kesihatan atau bergaya?
Foto : IG
Tetapi, ianya tidak bermakna artis sengaja mencipta kontroversi. Ada sahaja artis yang bersukan secara sihat seperti Tok Ti, Zizan Razak dan lain-lain.
Cuma, janganlah pula melakukan perbuatan bodoh hingga mengundang geng berbasikal lain meniru seperti insiden memanjat bukit dengan menuntun basikal. Kan kurang cerdik namanya tu. - CARI
|