Kredit foto : IG Eizlan Yusof
Pelakon dan juga ahli lembaga pengarah Finas, Datuk Eizlan Yusof, 49, menerusi satu hantaran Instagram ucapan ulang tahun pertama perkahwinan buat isterinya Natasha, 30, memberikan gambaran bahawa isterinya itu kini berbadan dua.
"Happy 1st anniversary to my sweet soulmate @sashaboudville thanks for your love yayang mummy to be"
Begitu antara kapsyen yang ditulis.
Kredit foto : IG Eizlan Yusof
Datuk Eizlan dan Natasha yang juga seorang mualaf telah melangsungkan pernikahan pada 12 Disember 2019. Datuk Eizlan yang telah menduda hampir empat tahun sebelum bergelar suami kepada Natasha mempunyai tiga anak, Vie Zara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaara, 7, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Vie Shantie Khan.
Jika betul Natasha bakal bergelar 'mummy', tahniah diucapkan buat pasangan ini.
Kredit foto : IG Eizlan & Natasha
Jika betul Natasha bakal bergelar 'mummy', tahniah diucapkan buat pasangan ini. - CARI |