View: 1962|Reply: 8
|
Minum Racun Rumput Lepas Cekik Isteri Sampai Mati Kerana Curang
[Copy link]
|
|
Hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai motif utama seorang lelaki mencekik isterinya sehingga maut, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengahari di Kampung Liak, Pos Brooke, Gua Musang, mangsa yang juga etnik Orang Asli, Huda Sudin, 38, meninggal dunia akibat dicekik suaminya dipercayai selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, selepas mencekik isterinya, suspek berusia 45 tahun cuba membunuh diri dengan minum racun rumput.
Gambar hiasan
"Hasil siasatan mendapati, suspek marah dan tidak berpuas hati apabila mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
"Menurutnya lagi, isterinya sering kali melakukan hubungan dengan lelaki itu yang juga dari kampung sama.
"Selepas mencekik isterinya hingga mati, suspek keluar membeli minuman keras dan minum supaya mabuk sebelum meneguk racun rumput bertujuan membunuh diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.
Shafien berkata, suspek dibawa ke klinik dan dalam keadaan stabil manakala mangsa pula dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.
"Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org asli pon pandai mencurang burang ni hahaha
moden dah org leni |
|
|
|
|
|
|
|
Minum racun rumput pun tak mati. Tak pasal2 sakit dapat, kena hukum sebab bunuh pun dapat. Lain kali cerdik sikit sebelum buat sesuatu. Isteri kalau curang ceraikan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu jadi macam ni yang membunuh cuba bunuh diri tapi terselamat akhirnya terpaksa hadap hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga. Patut ceraikan aja... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau penghujung kes 302 akan ke tali gantung,buat apa nak diselamatkan semasa minum racun? Ada dua pembaziran berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 kes kat Kelantan sekarang ni.. bini kena cekik, bini gantung diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bininya pun galak sangat mencurang |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua angkara mobile phone, orang asli pun dah pandai menggelenyar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|