View: 2172|Reply: 14
|
Iklankan Di Surat Khabar, Lelaki Merayu Orang Beli Buah Pinggangnya Untuk Bayar
[Copy link]
|
|
Demi melangsaikan hutang selepas perniagaannya gulung tikar akibat Covid-19, seorang penjual kereta di selatan Kashmir nekad menjual buah pinggangnya walaupun sedar ia salah di sisi undang-undang India.
Sabzar Ahmad Khan, 28, yang menetap di perkampungan Nussu, Qaziqund di daerah Kulgam turut mengiklankan tawaran itu dalam surat khabar tempatan.
"Saya mahu menjual buah pinggang kerana kehilangan semuanya dalam perniagaan, tetapi masih perlu membayar hutang Rs90 lakh rupees (RM494,225.32). Saya merayu sesiapa yang memerlukan buah pinggang supaya menghubungi saya," demikian iklan yang dibuat Sabzar seperti dilaporkan India Times.
Kredit foto: Agensi
Hutang sebanyak Rs61 lakh (RM334,974.94) perlu dibayar kepada bank manakala sebanyak Rs30 lakh (RM164,741.77) dengan pemiutang.
Selain menjual dan membeli kereta lama, Sabzar juga adalah kontraktor berdaftar dengan kerajaan namun pendapatannya terjejas kerana dua kali sekatan pergerakan akibat Covid-19 di kawasan berkenaan.
Dia yang baru berkahwin tahun lalu dilaporkan sudah memaklumkan kepada semua ahli keluarganya berhubung penjualan buah pinggang berkenaan semata-mata membayar hutang.
Malah, dia hanya berkurung di dalam rumah kerana tidak sanggup berdepan pemiutang dan adik lelaki bongsunya terpaksa bekerja sebagai buruh untuk menanggung keluarga mereka buat masa ini.
Ditanya sama ada sudah menerima panggilan daripada pembeli, Sabzar berkata, "Saya menerima beberapa panggilan pembeli yang berminat, seorang menawarkan bayaran Rs20 lakh (RM109,827.85) dan seorang lagi, Rs25 lakh (RM137,284.81)," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa jer Black Market beli utk Buah pinggang? |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 18-12-2020 02:57 PM
Berapa jer Black Market beli utk Buah pinggang?
Line paling bawah dalam artikel ada bagitau harga. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi langsung jual pinggang. Bukannya hutang jadi clear setel lepas jual. Lagi sengsara seumur hidup ada lah. |
|
|
|
|
|
|
|
kt malaysia perpindahan buah pinggang kena ada hubungan kekeluargaan.mak kpd anak,ayah kpd anak, adik kpd abg dn sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 bukan utk beli iphone... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Tapi kalau ada buyer pun kot dapat scammer susah juga. Iols pernah tengok docu jadi ibu tumpang kat india,ibu tumpang kena tipu dapat sikit aje bayaran. Ada pulak yg kalau baby dilahirkan tak ikut skin tone yg diorang nak,reject baby tu. Dah satu hal pulak ibu tumpang miskin tu kena jaga baby orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan perkara luar biasa disana |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Harap ada jalan lain tuk selesaikn |
|
|
|
|
|
|
|
actually.. in the darkside of society (peh bunyi)
sejak covid melanda, jenayah organ semakin hangat.
bila manusia terdesak, mereka akan sanggup buat apa sahaja.
bila perut lapar, rasionaliti berkurangan.
nauzubillah min zalik |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...kalau nak jual pun biar la amount tu blh langsai semua htg + ada balance sikit utk tmpg idup.
|
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 18-12-2020 03:00 PM
Line paling bawah dalam artikel ada bagitau harga.
Yerrsayaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Awat hutang byk sgt deyy??? |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa jual sbb hutang..kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
berbaloi la juga..dia jual harga ratus ribu..ada tu jual cuma utk seketul iphone jah?? kau sekolah tak?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|