"Hamba zaman moden... lebih teruk keadaan berbanding prakemerdekaan."
Itu reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan ketika mengadakan lawatan mengejut di kemudahan penginapan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Batu 13, Kajang pada Isnin.
Kredit foto: Awani
"Saya masih tidak boleh percaya wujud tempat macam ini di Malaysia.
"Saya amat sedih melihat keadaan ini... walaupun kita pernah lihat ini ketika dijajah British sebelum kemerdekaan.
Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan yang menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.
Kredit foto: Awani
"Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk yang saya lihat setakat ini.
"Saya memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta sedia ada dalam mengendali pekerja warga asing," katanya kepada pemberita selepas operasi mengejut, di sini, hari ini.
Operasi satu jam yang bermula kira-kira pukul 9 pagi bersama Jabatan Tindakan Kerja Semenanjung Malaysia itu turut disertai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Difahamkan terdapat 781 pekerja dengan 22 pekerja tempatan di dalam kontena yang diubah suai menjadi kemudahan penginapan.
Kredit foto: Awani
Tinjauan Astro AWANI mendapati pekerja warga asing itu seolah 'disumbat' dalam satu kawasan sempit yang diburukkan lagi dengan bau hancing dan hapak.
Saravanan memaklumkan operasi mengejut itu akan diteruskan di seluruh negara. -CARI
Sepatutnya kerajaan haramkan sama sekali rumah kongsi ataupun rumah kontena ataupun rumah buatan sementara untuk pekerja kilang ataupun contractor banggunan.
Mesti Di wajib kan menyewa ataupun memduduki di banggunan yang kekal yang mempunyai sijil kelulusan untuk di duduki.
Kilang2 & company2 construction yg besar2 ni....nak untung juta2 kena ambik foreign workers boleh perah sampai kering, facility seminimum atau below paras minimum to maximise the profit...
Post time 21-12-2020 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 21-12-2020 12:49 PM
Ewww cannot imagine.. tp kadang pekerja asing ni pun kalau majikan dh sediakan kuarters lok2 pon ttp ...
Geli kan.. Sebelum ni duduk kat satu apartment ni.. Kt sini ramai gak gang2 dorang pastu lak unit dorg byk kt bawah tingkat 1-3. Kadang2 malas nk tunggu lift, turun lah tangga.. Bila smpi tingkat2 bawah ni, geli betul nak lalu.. Kesan2 ludah dorg byk gila kt dinding2, dah lah makan sireh.. Aishh.. Loya lak bila teringat.
Post time 21-12-2020 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sampai bila2 tak habis kalau majikan macam ni. Sama macam thailand, pekerja asing yang sebarkan covid.
Majikan setan. Pekerja tempatan tak nak ambil dan cakap pemalas. Ambil pekerja asing pulak diperah tenaga dan dilayan macam binatang.
Post time 21-12-2020 07:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lattehazelnut replied at 21-12-2020 01:04 PM
Mana tak untung berjuta.. asal boleh cut cost..
Ye kaka, lepastu kan. Gaji2 pekerja tak bayar. Kadang2 kita tertanya juga macam mana kilang2 ni boleh supply barang harga murah tak masuk di akal, rupanya salah satunya human labour. Tak bayar gaji... Bayangkan la kita jual nasi lemak upah orang tolong masak bungkus semua, tapi tak bayar gaji. Untung banyak juga la sebab kita keluar modal je. Lain2 orang yang buat.
Post time 21-12-2020 08:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Normabaru: Laa selama ada akta ni xpnh bt pmantauan ka.. So Akta tu buang je la pttnye.. Mujur covid jdNway ni antara sbb knp depa ni sebatu bau bdn klu lalu m ...
Alaaaa..ini pun sekadar terkejut ajer punnn..takde impak apa2.. kes rasuah terkejut,daging impot tak halal terkejut..sampai mati la terkejut.