View: 5920|Reply: 26
|
Nana Sheme Dah Tak Perlu Makan Ubat Kemurungan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Nana Sheme, 25, mengakui dia semakin sihat daripada masalah kemurungan yang dialami sejak kanak-kanak.
Nana atau nama sebenarnya Nabilah Hashimi berkata dahulu, dia seorang yang suka memendam rasa serta lebih memilih berdiam diri hingga menyebabkan terjebak masalah kemurungan.
Foto: IG
"Masalah ini (kemurungan), saya alami sejak berusia 12 tahun lagi. Ketika itu, saya kurang kesedaran mengenai ciri-ciri masalah kesihatan mental.
"Saya banyak pendam perasaan dan berdiam diri dengan apa yang dialami. Ia situasi tidak baik untuk diri dan bila makin dewasa, saya mula faham apa itu masalah kesihatan mental," katanya kepada Harian Metro.
Bintang Big Stage 2020 ini berkata masalah dialami itu memerlukan dia berjumpa doktor, makan ubat dan menjalani rawatan sepatutnya.]
"Alhamdulillah, sekarang saya makin sihat dan tidak perlu bergantung dengan ubat lagi. Ini kerana hati dan fikiran sudah tenang, termasuk tidak berasa takut untuk bersuara.
"Kini, saya sangat positif dan bersemangat untuk terus menangani masalah kemurungan dialami kerana sedar dalam hidup ini kena berserah, sabar dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.
Menurut Nana Sheme, dia sekarang menggunakan pendekatan sentiasa meluahkan apa yang dirasakan. Malah, dia juga akan memastikan diri gembira dan ceria dengan perkara-perkara dilakukan.
"Antara perkara saya suka, berniaga dan kini mengusahakan perniagaan tudung jenama sendiri dikenali, Freckles Hijab sejak awal Disember lalu. Alhamdulillah, semakin dapat sambutan.
"Impian saya untuk 2021, ingin menjadi insan lebih berjaya dalam hidup sama ada melalui perniagaan atau kerjaya seni diceburi. Bagi saya, penting untuk memastikan diri sendiri berasa gembira dahulu," katanya.
Menurut Nana Sheme, dia sudah berasa sangat bahagia apabila melihat orang lain ceria dengan hasil penjualan tudung itu. Katanya, aktif berniaga menjadi salah satu terapi buat dirinya.
Mengulas punca dia mengalami kemurungan, Nana Sheme berkata ia berkaitan keluarga seperti kehilangan ibu ketika kecil membuatkan dia terlalu sedih dan perasaan itu dipendam tanpa dikongsi dengan sesiapa.
Nana Sheme yang memilki ijazah Pengajian Pengurusan Pembinaan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum ini pernah popular dengan lagu Hantu Atau Buaya pada 2014 dan Boleh Blah (2016). Terbaharu, dia muncul dengan lagu Ragu Ragu pada Mac lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dh tu acik2 kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
suka dgr dia buat cover lagu All Of Me(John Legend). |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 21-12-2020 02:36 PM
Who are yousssd
kurex punnn sma nk di who r uskannn..hahaha..ntw..i pun x ingt dia ni..yg i ingt sheeda angkat kaki nyanyi lagu dia dlm gv trus tersingkir...hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo adik....
bagi akak ler... awak tak patut bagitau dekat public awak amik ubat kemurungan ini semua..
better keep it for yourself..
sebab masyarakat malaysia/melayu ni, masalah mental masih lagi taboo..
takut nanti diorang akan guna isu ini untuk buli awak...
betol,awak share untuk kesedaran... tapi kalau untuk close group ok,but not to the public..
just for my 2cent la ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Point cerita ni lebih nak mengetengahkan cerita meniaga tudung je pun. |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 02:52 PM
kurex punnn sma nk di who r uskannn..hahaha..ntw..i pun x ingt dia ni..yg i ingt sheeda angkat kak ...
Yg lagu buaya jin tu lagu dia ke.... Serius tak kenal.. mesti lagu dia 1 tu je yg meletop |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 21-12-2020 03:00 PM
Yg lagu buaya jin tu lagu dia ke.... Serius tak kenal.. mesti lagu dia 1 tu je yg meletop
a'ah i tau satu lagu jer..lagu buaya tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pun meolls rasa meolls ada masalah kemurungan sering dibuli di sekolah & di rumah... tapi meolls yakinkan diri volunteer jadi pengawas sekolah gila kuasa setiap kelab yg meolls masuk meolls mesti akan pegang jawatan tertinggi... dah dewasa nih meolls yaqqin boleh debate dengan boss2...
#ehtibeh |
|
|
|
|
|
|
|
Antara yang penting bagi merawat masalah mental ialah jadi mulut laser. Jangan simpan jeruk rasa sampai terjojol biji mata menahan sabar. Tak perlu
Jangan pulak tak reti kawal sampai kalau ada benda tak kena, tak dapat terima sampai ngamuk sana sini. Reparenting yourself |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni masa kecik comel Tapi takla putih mcm sekarang. Dengan rambut oren highlight di dye arwah maknya. Arwah maknya cantik. Tak sangka dah besar jadi penyanyi siap tudung lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 21-12-2020 03:00 PM
Yg lagu buaya jin tu lagu dia ke.... Serius tak kenal.. mesti lagu dia 1 tu je yg meletop
cba korex drg dia buat cover all of me john legend tu..ok x? |
|
|
|
|
|
|
|
Good for u dear.. Yakinkn diri dan berani menghadapi cabaran yg mendatang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tau lagu dia je lagu buaya hantu..then dia masuk big stage..pastu ke dalam gua semula la nana |
|
|
|
|
|
|
|
waaa kecik2 dah kemurungan.. kesian plak dgr. sungguh pun gitu, sheol pandai belajar, ok laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut sheme tu cemana mcm shemale ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa dia nih? Knp nak kena sebut pasal depression?nak suh org simpati n beli tudung?lagi satu,kalau dah tiberrrrr jd retis ni,n dari kecik dah ada depression,mohon kuat laa..mulut2 puaka byk..jgn plak lepas ni keluar news continue treatment sbb mulut puaka netz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa lagu boleh blah main kat radio iols kat oversea, pelik betul lagu camtu boleh masuk radio. Camni rupa penyanyi dia. Kalau selisih bahu pun confirm iols tak kenal retis |
|
|
|
|
|
|
| |
|