View: 2150|Reply: 11
|
Bintang TikTok Diancam Bunuh - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Chloe terpaksa menutup ruangan komen di video.
Washington: Seorang bintang TikTok kelahiran Amerika Syarikat menerima ancaman bunuh selepas menunjukkan berat badannya naik sepanjang tempoh berkurung.
Portal Daily Mirror melaporkan Chloe Xandria bagaimanapun meminta wanita tidak rasa bersalah sekiranya berat mereka naik selepas dia sendiri mengabadikan detik perubahan dirinya sejak Januari.
Dia juga turut merakam video khas untuk 250,000 pengikut di laman sosialnya.
"Saya memilih untuk menghargai tubuh ini sepanjang wabak berlaku," katanya.
Chloe yang sebelum ini mempunyai masalah gangguan pemakanan gembira dengan perubahan berat badannya sepanjang perintah berkurung dilaksanakan.
Ketika berada di depan cermin, Chloe mengenakan baju merah jambu dan seluar jean.
Kemudian gambar kedua menunjukkan dia menaikkan kemeja-T yang dipakai bagi menampakkan perutnya membuncit.
Video itu menjadi tular dengan tontonan lebih dua juta kali.
Bagaimanapun, meskipun ada yang bersimpati terdapat juga pengikutnya tidak suka dengan perkongsian itu.
Chloe menyatakan dia tidak hanya menerima komen jahat mengenai dia dan keluarga, tetapi ugutan bunuh.
"Saya terpaksa menutup ruangan komen di video. Saya ingin berterima kasih pada semua pengikut yang menyokong saya," katanya.
Bintang TikTok itu juga turut memaparkan komen sindiran seorang lelaki di Instagramnya.
Chloe bagaimanapun tidak mendedahkan berat badannya namun mengaku lebih senang dengan bentuk tubuhnya sekarang.
Dia mengakui, mentalnya lebih stabil sepanjang pandemik Covid-19 yang meragut kehidupannya sebagai penuntut tahun akhir.
"Ingatlah semua, kita harus selalu bersyukur. Makanan adalah salah satu yang boleh memberikan kita ketenangan dalam keadaan sekarang," katanya.
Katanya, sengaja membangkitkan isu berat badan sepanjang perintah berkurung bertujuan memotivasikan wanita lain yang kurang keyakinan diri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bintang TikTok Diancam Bunuh Kerana Berat Badan Naik
Seorang bintang TikTok kelahiran Amerika Syarikat menerima ancaman bunuh selepas menunjukkan berat badannya naik sepanjang tempoh berkurung.
Portal Daily Mirror melaporkan, Chloe Xandria bagaimanapun meminta wanita tidak rasa bersalah sekiranya berat mereka naik selepas dia sendiri mengabadikan detik perubahan dirinya sejak Januari.
Kredit foto: IG Chloe
Dia juga turut merakam video khas untuk 250,000 pengikut di laman sosialnya.
"Saya memilih untuk menghargai tubuh ini sepanjang wabak berlaku," katanya.
Chloe yang sebelum ini mempunyai masalah gangguan pemakanan gembira dengan perubahan berat badannya sepanjang perintah berkurung dilaksanakan.
Ketika berada di depan cermin, Chloe mengenakan baju merah jambu dan seluar jean.
Kemudian, gambar kedua menunjukkan dia menaikkan kemeja-T yang dipakai bagi menampakkan perutnya membuncit.
Video itu menjadi tular dengan tontonan lebih dua juta kali.
Meskipun ada yang bersimpati, terdapat juga pengikut tidak suka dengan perkongsian itu.
Chloe menyatakan, dia tidak hanya menerima komen jahat mengenai dia dan keluarga, tetapi juga ugutan bunuh.
"Saya terpaksa menutup ruangan komen di video. Saya ingin berterima kasih pada semua pengikut yang menyokong saya," katanya.
Bintang TikTok itu turut memaparkan komen sindiran seorang lelaki di Instagramnya.
Chloe bagaimanapun tidak mendedahkan berat badannya, namun mengaku lebih senang dengan bentuk tubuhnya sekarang.
Dia mengakui, mentalnya lebih stabil sepanjang pandemik Covid-19 yang meragut kehidupannya sebagai penuntut tahun akhir.
"Ingatlah semua, kita harus selalu bersyukur. Makanan adalah salah satu yang boleh memberikan kita ketenangan dalam keadaan sekarang," katanya.
Katanya, sengaja membangkitkan isu berat badan sepanjang perintah berkurung bertujuan memotivasikan wanita lain yang kurang keyakinan diri.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih lawa no matter what |
|
|
|
|
|
|
|
Muka ok je tak berisi sekali badan drastik sangat berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
dia macam kwn aku, muka tak terjejas masih tirus tapi badan sebijik macam minah ni.buah pear
|
|
|
|
|
|
|
|
taklah gemok sangat..perut je boncit..tapi still sexy |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kokesen semua puji tak gemuk sangat masih cantik sexy bagai..
kalau melayu, baru gebu sikit harus kena keji gemuk tak sihat pemalas cam babi |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dialah nak macam mana. Lagi pun bandanya jenis rangka besar cepat nampak berisi. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaa.. mana satu perangai sebenar? dengan orang dekat bahasa lain, dengan orang jauh boleh bagus pula bahasanya.. barangkali sebab orang dekat disekeliling berpotensi untuk jadi saingan.. jd sentiasa rasa terancam. insecure gitu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama pun manusia bernafas, kejap naik kejap turun. Nak berat menten kekal, dah jadi carcass. {:smile{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Pada akak badan dia ni dah gemok sangat dah berbanding masa kurus tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya itu hak dia sebagai empunya diri, tiada masalah jika dia nak tambah berat badan or tidak |
|
|
|
|
|
|
| |
|