"Selain gaji yang tinggi gila, mana datangnya duit kelab bola tempatan untuk bayar gaji pemain? Penjualan tiket rendah, jersi copy bersepah, siaran langsung tak banyak."
Itu antara persoalan netizen yang hairan dengan kemampuan pasukan bola sepak tempatan mengurus dana mereka, termasuklah membayar gaji pemain yang mahal.
Adakah ianya datang daripada kerajaan negeri, penaja atau poket sendiri?
Berbaloikah bayaran mahal tersebut?
Foto :NST
Memandangkan gaji pemain yang sangat tinggi, pastinya ia mengundang pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Ada yang menyatakan, kebanyakan dana datang daripada kerajaan negeri.
Foto :Twitter
Selain peruntukan dari kerajaan, dana juga diperolehi daripada penaja pasukan bola tertentu. Jadi, tidak menghairankan pemain bola sepak boleh dibayar dengan mahal sehinggakan sama nilainya dengan pemain bola sepak luar negara. Kualiti tu, sama juga ke?
Foto :Twitter
Jadi, betullah gaji pemain bola sepak Malaysia sama dengan pemain luar negara. Ini menyebabkan persaingan setiap negeri di Malaysia sangat sengit walaupun dahulu pernah dikatakan gaji siling pemain adalah sekitar RM8,000.
Foto : Twitter
Foto : semuanyabola.com
Ada pula yang mencadangkan agar liga bola sepak diswastakan agar duit kerajaan negeri boleh digunakan untuk sukan lain yang selama ini dianak tirikan. Jadi, anda rasa bagaimana? - CARI
|