Penutupan pelabuhan Dover dan keretapi laju (Eurotunnel) selepas negara-negara Eropah (UK) mengenakan sekatan perjalanan membuatkan gangguan serius terhadap bekalan makanan, terutamanya menjelang perayaan krismas.
Ia bermula apabila kerajaan Perancis menutup laluan utamanya bermula Ahad menyebabkan gangguan trafik serius. Ini kerana Tenggara England dan London telah berhadapan virus Corona mutasi yang menyebabkan jangkitan lebih cepat antara individu.
Foto : PA
Menurut Daily Star, ia membuatkan operasi lori-lori penghantar makanan terperangkap sepanjang beberapa kilometer di laluan tersebut.
Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan dan Minuman Perseketuan, Ian Wright menyatakan kerajaan perlu bertindak bijak bagi menangani isu ini.
"enutupan laluan dari UK ke Perancis menyebabkan berlaku gangguan bekalan makanan segar. Jadi, kerajaan perlu berusaha meminta kerajaan Perancis mengecualikan kenderaan makanan sahaja yang boleh melalui sekatan itu."
Foto : AFP
Jika ia diteruskan, kerajaan UK akan mengalami kekurangan makanan segar seperti salad, brokoli dan buah-buahan sitrus.
Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson akan membincangkan hal tersebut dengan terperinci agar virus yang bermutasi dapat disekat.
Krismas akan terjejas jika lori penghantar makanan tidak dibenarkan merentasi negara - Getty Images
Terdahulu, Jerman, Ireland, Belgium dan Kuwait telah menghentikan penerbangan dari negara Eropah sehingga akhir tahun ini.
Jadi, kita mengharapkan agar yang baik-baik sahaja untuk semua rakyat di dunia. - CARI |