Kredit foto : Sinar Harian, Berita Harian
Mahkamah Tinggi Shah Alam dimaklumkan bahawa balu CEO Cradle Fund, Samirah tidak bekerjasama pada awal siasatan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana diberitahu siasatan kes kebakaran itu hanya melibatkan bomba dan polis.
Memetik Bernama, peguambela Rahmat Hazlan ketika pemeriksaan balas terhadap saksi ke-30, Penolong pengarah ST Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, Abdul Rahim Wan Chik di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, tertuduh pertama, Samirah dimaklumkan sedemikian oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor
Rahmat: Kamu dalam keterangan saksi sebelum ini memberitahu, Samirah tidak bekerjasama dan enggan membenarkan kamu masuk ke dalam rumah pada 19 Jun 2018 bagi melakukan siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di rumah berkenaan, dan meminta kamu menghubungi Hafisham.
Abdul Rahim: Pada 21 Jun (2018) baru saya terima panggilan daripada Samirah untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pihak ST datang membuat siasatan.
Kredit foto: Berita Harian
Abdul Rahim ketika menjawab pemeriksaan balas Rahmat berkata, beliau ada menghubungi Hafisham dan diberitahu bahawa pihak bomba tiada masalah membenarkan ST melakukan siasatan di rumah berkenaan.
Kata Abdul Rahim, semasa siasatan dijalankan pada 27 Jun 2018 ke atas sistem pendawaian rumah berkenaan, Samirah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan ST.
Kredit foto: Sinar Harian
Pada 12 Mac 2019, Samirah, bekas Eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas iaitu Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI |