Bukan khazanah perang, namun ia tetap satu perkara menarik untuk dikongsikan.
Enam keping coklat berjenama Cadbury berusia 120 tahun ditemui kakitangan perpustakaan Australia.
Coklat milik penyair terkenal Australia, Andrew Barton 'Banjo' Paterson ditemui oleh penyelanggara perpustakaan, Jennifer Todd yang menyatakan ianya tersembunyi di bawah kotak yang dipenuhi dengan puisi, diari dan keratan akhbar.
Foto :ABC
Menjadi coklat tertua di dunia yang dibuat pada zaman Perang Boer, ianya kelihatan masih elok dan hanya mengalami sedikit kerosakan.
"Kotak itu sudah buruk, tapi coklatnya elok dibungkus di dalam tin aluminium dan dilitupi dengan jerami lama di dalamnya. Baunya pun masih agak menarik ketika dibuka."
Menerusi News.com, tin cenderahati itu tertera tulisan 'Afrika Selatan 1900' dan ucapan 'Saya Ucapkan Selamat Tahun Baharu, Victoria Ri' di atasnya.
Foto :ABC
Menurut sejarah, pada 1899, Ratu Victoria menghantar kiriman cenderahati coklat kepada tenteranya yang berkhidmat di Afrika Selatan.
Oleh itu, Ratu menugaskan tiga pengeluar coklat utama Britain iaitu Fry, Cadbury dan Rowntree untuk menghasilkan cenderahati itu.
Dianggarkan 123,000 tin coklat dihantar pada penghujung 1900.
Foto erpustakaan Australia
Bagaimanapun, cenderahati itu menjadi alat tawar-menawar antara beberapa pihak sebelum sampai di tangan tentera yang berkhidmat untuk Perang Boer itu.
Nampaknya, walaupun selepas 120 tahun, masih ada koleksi sejarah yang belum diteliti. Jadi, mungkin selepas ini ada lagi koleksi tinggalan sejarah yang lain? - CARI |