KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menunaikan nazar membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran mengumpulkan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya.
Lebih menarik, sesi mencukur rambut beliau disiarkan secara langsung melalui sebuah rancangan televisyen tempatan dan dilakukan sendiri oleh ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Bismillahirrahmanirrahim, berjuanglah anakku demi rakyat," demikian lafaz Sharifah Mahani ketika mula mencukur rambut Syed Saddiq.
Dalam siaran itu, Syed Saddiq turut menceritakan pengalaman rambutnya digunting ibu sejak berusia enam tahun.
Sesi itu kemudian diambil alih seorang tukang gunting profesional untuk mencukur rambutnya sehingga botak.
Sebelum ini, Syed Saddiq melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di kawasan Parlimen Muar memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak mereka.
Kempen beliau itu menyasarkan 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang ada anak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Kempen itu berjaya mengumpulkan sumbangan RM383,000 dalam tempoh lima hari.
"Setakat ini, sebanyak 120 keluarga di Parlimen Muar telah menerima komputer riba berkenaan," katanya. – BERNAMA
AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bernazar untuk membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000.
Tindakan radikal yang juga kreatif itu sebagai kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut semalam dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.
Sebelum ini melalui cara yang sama Syed Saddiq telah berjaya menyumbangkan sebuah komputer riba kepada 100 orang pelajar di kawasan beliau.
Kesemua penerima komputer riba berkenaan terdiri daripada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
Bagaimanapun menurut Syed Saddiq masih ramai lagi pelajar di dalam senarai memohon yang menanti untuk menerima sumbangan komputer riba yang dapat membantu mereka dalam pendidikan.
“Inisiatif ini khas dilakukan kerana saya sedar kepentingan laptop yang kini sangat diperlukan oleh para pelajar.
“Saya juga bernazar, dengan tercapainya sasaran kempen ini, saya akan membotakkan kepala saya sebagai tanda kesyukuran. Semuanya demi Muar.
“Saya berharap dan menyeru para insan yang baik hati dan dermawan supaya turut serta bersama saya di dalam menjayakan program murni ini,” kata Syed Saddiq.
Sehingga pukul 8 malam tadi kempen tersebut telah menerima sambutan yang memberangsangkan dan beliau berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM61,410.
Menurut Syed Saddiq beliau berasa amat terharu atas keprihatinan para penyumbang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama terhadap kempen yang dijalankan.
“Ianya menguatkan lagi iltizam saya untuk memastikan sasaran RM200,000 mesti dicapai. Doakan semoga kempen ini berjaya. Bantulah sebarkan tentang kempen ini kepada rakan dan saudara anda.
“Nak tengok saya botak kan? Semoga semuanya berjalan lancar. Jalan tegak,” kata Syed Saddiq.
Kempen tersebut berbaki empat hari lagi. Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun CIMB 8603323060 Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar di CIMB Bank.-SM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-12-2020 12:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
radikal? biar betul tindakan nazar botakkan rambut tu radical...kenapa aku rasa biasa saja...lain la kalau dia berguling2 seluruh muar kalau berjaya kumpulkan 200k.
apa pun tujuan dia bagus...jadi aku doakan semoga dia berjaya kumpulkan 200k utk beli 100 buah laptop.
oh ni persoalan bodoh aku...beli 100 buah laptop tu kira bundle kan...x ada yg dpt bagi harga borong? aku tanya sebab aku nak tau
Post time 28-12-2020 08:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apehal nak kutip? Simpan cash kat rumah pun lebih byk drpd tu. Guna la duit kat rumah tu... Belanja cikaro 1 malam pun lebih drpd berapa laptop harganya ye.
Post time 28-12-2020 10:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
yealah syed kaka doakan supaya impian itu tercapai jd kaka leh tgk syed membotakkan kepala
Tp dia mmg byk membantu org2 Muo bukan shj students dan org tua tp peniaga dan gelandangan juga, walau ramai rengsa dgn dia tp be da baik kaka kenalah puji juga kan