Biarpun sentiasa diuar-uarkan betapa bahayanya pengambilan produk tanpa nasihat doktor, masih ada yang berdegil mengamalkannya gara-gara mahu cantik, putih atau kurus dengan cepat.
Selagi tidak terkena batang hidung sendiri, selagi itu lah kedegilan golongan ini 'meracun' tubuh sendiri.
Seorang pengguna Twitter berkongsi kisah rakannya yang disahkan mendapat ketumbuhan dalam ovari serta masalah hati dek kerana mengamalkan jamu bagi tujuan melancarkan haid.
Foto :Twitter
Menurutnya lagi, masalah yang disangka akan selesai setelah mengamalkan jamu rupa-rupanya membuatkan masalahnya semakin parah. Manakan tidak hati dan buah pinggang berusaha keras untuk memproses kandungan yang masuk ke dalam badan hingga menjejaskan fungsi organ badan itu sendiri.
Foto : Twitter
Ianya turut dipersetujui segelintir netizen yang turut mengalami masalah sama.
Foto : Twitter
Foto : FB
Bukan sekadar makanan tambahan sahaja yang merosakkan organ badan, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh apa yang diletakkan di wajah kita, sebagai contoh bahan terlarang di dalam krim muka.
Foto : Twitter
Foto : FB
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tidak wajar menyalahkan pengambilan jamu semata-mata. Ini mungkin juga berlaku kerana tiada ilmu ketika mengamalkan jamu seperti minum air tidak cukup dan sebagainya.
Foto : Twitter
Jadi, bagaimana? Adakah benar pengambilan makanan tambahan membuatkan organ badan rosak atau ada sebab lain yang kita tidak tahu? - CARI
|