Mengungguli tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.
Kredit foto: IG Cik B
Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.
"Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.
"Cumanya, nama saya sekarang tengah trending... itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.
"Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?" katanya kepada mStar.
Kredit foto: IG Chiwan_Chilok
Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum.
"Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik.
"Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).
"Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas.
"Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan)," katanya.
Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.
Post time 28-12-2020 01:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?"
dik, in the 1st place, ko takyah masuk pun rancangan ni lgsg......sbb ko dah la mmg x lawak.pi la habiskan stadi tu dulu..tau la mak ko kaya...tp kalo ko kaya tp bodoh takde ilmu, takde sapa nak respek ko dik
kecuali acik2 kepam muka penuh merkuri yg sakan beli kosmetik timbang kilo je yg puja2 ko hanya sbb ko berduit.
Post time 28-12-2020 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
best la cik Bjgn prdulikan ramai org yg dengki dgn krmewahan cik B. mmg ramai orgtnggu sstu nk thk cik B..walau rsmso org dengki ramsi lahi yg posiyig dn dokong cikB.yg dengki dgn vik B dan dato Vida ni krbysksannye mkcik2bawang menopos yg jenis dok berkumpul pastu cari bahan buat modal mngumpat, tak pandsi jaga makan pskai laki
Post time 28-12-2020 01:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 28-12-2020 01:38 PM
Sebab akak ni work with kids, so akak mudah la kot appreciate hapa bebudak macam cik B ni buat.
setuju..nampak dia xde nk melaghooo keje melepak x tentu pasal habiskan duit dgn kwn2..maybe xde kwn sgt pn..kwn sek je dia ada..anyway dia matang juga kalau bercakap
Post time 28-12-2020 01:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 28-12-2020 02:01 PM
rayray28 replied at 28-12-2020 01:51 PM
setuju..nampak dia xde nk melaghooo keje melepak x tentu pasal habiskan duit dgn kwn2..maybe xde k ...
Yeap. Cik B bila bercakap jauh lagi teratur dari mak dia yang bekas cikgu tu. Ekceli sheol hada ciri2 budak pandai. Tengok pilihan lagu dan lirik (yang sheol nyanyi) tu pun tahu.