Tindakan pengacara Awal Ashaari memuat naik foto ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Instagram.
Tampil menjelaskan situasi sebenar, Awal berkata, foto bersama isteri, Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana itu dirakam semasa mengunjungi kediaman seorang sahabat baik bagi menghormati jemputan tuan rumah.
"Ramai cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang tular sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya bukan Muslim, mereka sambut Krismas.
"Sebagai kawan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita ingin menziarah, tuan rumah beri dress code, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.
"Sama macam Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya di rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada juga pakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera dengan makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur malam tu," katanya menjelaskan mengenai foto sambutan hari krismas yang dimuat naik di Instagram.
Kredit foto: IG Awal
Sebelum ini, segelintir netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.
Meskipun berbeza agama dan pegangan, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah halal.
Merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Awal memberitahu dia turut mengundang kenalan daripada pelbagai bangsa mengunjungi kediamannya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal itu.
Awal sekeluarga sentiasa berfesyen mengikut kesesuaian ketika menghadiri jemputan.
"Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat.
"Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik contohnya kat dinding yang kita dok gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli di Jalan Tunku Abdul Rahman," ujarnya.
Post time 28-12-2020 04:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak payah explen yourself awal. Diorang golongan munafik pu daie tu semua nak cari limelight je. Benda tak salah banyak bunyi. Fitnah pada agama apo? Yang fitnah pada agama tu macam daie syed dengan pengetua sekolah agama menutuh student dia tu. Tak cerita lagi bab ustaz tahfiz gay pencabul. Lepas tu bila produser drama buat skrip sekolah tahfiz gay habis semua panas bontot penghinaan pada agama katanya. Hollywood dah buat menang oscar dah pun cerita skandal seks & salah guna kuasa church/paderi semua tu. Malaysia ada berani nak buat? Buat lawak sikit pendakwah scammer kat MLS pun juri dah sentap konon hina agama. Malaysia ni memang gila bab dok agung-agungkan so called pendakwah ni semua.
Post time 28-12-2020 04:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meraikan kawan dan sendiri meraikan sgt beza. Tula pelik netizen ni. Yg dkt mall deko krismas lawa lawa pastu ambik gambar kira macammana eh. Mcm awal ni mmg ada dlm ig scha ke ig lara dorang g raya rumah jiran .. Sape kerja multinational company pun akan ada sambutan makan makan mcm jamuan raya cina, aidilfitri, deepavali, krismas.. Abis staff melayu islam xkan nak protes. X lari aklidah pun. Lain lah kita yg beria g sambut, beli pokok krismas dsb. Ada je instamaous yg g beli pokok krismas. Tu la dlm tread kak rima i tanya kenapa netizen beria sedih sbb sonia x dpt krismas mcm selalu dgn apaknya.. Mcm kak rima ada bgtaubkatbigs dia pun beli dan hias pkok krismas. Kalau x silap kak d pun pnh beli utk anak dia ke blogger lain.. Lupa pulak .keluarga naza tu mmg sambut krismas tiap tahun siap tukar hadiah
Sebab tu nak belajar menghormati agama lain kena bg penganut agama lain hormat dan faham agama islam kena kita yg mulakan.
Bila dah ko pilih utk turut serta mcm tu mmg mereka tak kan faham la.
Ramai je penganut agama lain hormat bila kita terangkan mana yg boleh dengan tak boleh dalam agama kita.
pooodddaaahhh.... depa sambut krismas, takde pulak suruh ko pakai topi kaler merah tu. hang pikiaq org lain pun tak pernah kena jemput pi krismas parti ka? nak konar spin baring pon agak2 la..
kalau shooting baju krismas, awat upload kat insta sendiri? kat hemisphera utara, krismas waktu winter so clothing line kena la winter clothing.
tak tau la shooting kat mesia camne...
nah contoh krismas advert
baidewei, muka scha mmg mcm sesuatu sgt.. bengkak air ka?