Ibarat padang sasar yang sering dihujani peluru, begitulah diibaratkan situasi dihadapi penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini ketika ini.
Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul spekulasi mengatakan pasangan duet penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram itu sanggup melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.
Kredit foto: IG Hael
Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti digembar-gemburkan.
"Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.
"Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembedahan wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya 'ori' tau," ujarnya sambil tertawa.
Post time 29-12-2020 04:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by rosannazmia at 29-12-2020 04:49 PM
Yg gmbr lagi satu tu dia npk mcm kim taehyung probably sbb dia buat rambut mcm tu n posing gaya Tae ..army jgn kecam acik kay kalau kat twitter ni mau kena hamun ngn msian army