Nampaknya kisah basikal menteri masih dibahaskan oleh netizen. Kali ini ia sekali lagi menjadi perhatian selepas harga basikal yang digunakan beliau menjadi antara topik perbualan netizen di media sosial.
Ia kembali menjadi topik hangat selepas seorang wanita difahamkan terkejut dengan harga basikal berkenaan yang hampir sama dengan suaminya mencecah RM45,000 seperti dikongsikan netizen.
Kredit foto: Twitter
Terdahulu, tweet mengenai harga basikal yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit itu dimuatnaik oleh akaun satira BorneoGhost Online di Twitter.
Menjengah ruang tweet, netizen-netizen lelaki dilihat cuba untuk menyelamatkan si suami yang seakan-akan tertangkap telah membeli basikal sehingga puluhan ribu ringgit.
Kredit foto: Twitter @iamsapphire
Gigih betul ahli-ahli kelab lelaki mithali ye. Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rakan-rakan. -CARI
|