Dalam ruangan kapsyen, dia menyatakan terpaksa menyambut lebih awal kerana tuntutan kerja. Dalam pada itu, dia turut mendedahkan punca gambar suaminya jarang ada di instagram.
Sebenarnya, suami Marsha, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail seorang yang pemalu sehingga ada kalanya dia bertindak memadam gambar-gambar yang telah dimuat naik di Instagram.
"Lepas tu, dia tak romantik, tengoklah, duk tepis-tepis tangan, tapi bini pula macam kucing, nak tak nak dia reda," tulisnya lagi.
Dalam video tersebut, dapat dilihat suaminya, tersipu-sipu ketika meraikannya bersama ahli keluarganya yang lain.
Netizen turut mengucapkan tahniah pada Marsha yang sudah berjaya mengharungi alam perkahwinan sepanjang lima tahun ini.
Kredit foto: Instagram Marsha
Betullah apa yang peminat tulis tu. Tak mengapa tak romantik, janji setia. - CARI