Tokyo: Lelaki untuk disewa. Itu kerjaya dibina seorang lelaki sehingga menjadi selebriti di Jepun dengan hanya menjadi teman kepada individu lain untuk makan, minum dan bersiar-siar.
Kerjaya uniknya itu menjadikan Shoji Morimoto, 37, yang dulunya seorang penganggur bertukar menjadi selebriti dalam tempoh dua tahun.
Dia kini mempunyai lebih 270,000 pengikut Twitter dan kisahnya dipaparkan di stesen televisyen dan majalah serta mempunyai komik manga sendiri di Amazon.
Odditycentral melaporkan lelaki itu menawarkan khidmat 'unik' itu dan memberitahu pelanggannya dia tidak dapat melakukan apa-apa selain makan, minum dan bersiar-siar.
Shoji yang juga pelajar dan model mempunyai ijazah sarjana dalam bidang fizik dari Universiti Osaka.
Dia kemudian mendapat pekerjaan sebagai pengarang buku di syarikat penerbitan.
Namun, pada 2017 iaitu selepas tiga tahun bekerja dengan syarikat itu, dia memutuskan untuk berhenti kerja berikutan menyedari ia bukan kerjaya idaman.
Tahun lalu, dia memberitahu Toyokeizai Online dia mengambil keputusan itu selepas membaca buku ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche yang mengubah perspektifnya mengenai kehidupan.
Secara kasarnya, khidmat itu ditawarkan secara percuma kerana pelanggan hanya dikenakan kos pengangkutan, makanan atau minuman.
Tetapi dia mengakui sebahagian besar orang bertegas untuk membayar masa tambahan, tetapi dia agak malu untuk menerima wang mereka pada awalnya.
Idea bijak Shoji kemudian menular di media sosial dan dia menerima banyak permintaan daripada orang ramai.
Menerusi perkongsiannya di Twitter baru-baru ini, dia memperincikan tugas di mana dia dijemput ke hotel lima bintang oleh seorang lelaki.
Individu itu menjadikan hobi mengunjungi hotel mewah itu kira-kira sebulan sekali.
Pelanggan itu menyewa khidmatnya kerana ingin memberitahu seseorang mengenai hobinya dan dia terpaksa mendengarnya selama tiga jam.
oh my god - of all the works, he chose to read Nietzsche - hmm can see why ...
dah kalau Physics awat tak suke Descartes ( Deka) ? cheh....Deka lagi bagus
Nietzsche ni gelumang dengan pessimistic worldview - tragedy.
Post time 1-1-2021 07:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ari tu ada tgk dokumentari kat jepun, benda ni memang ada agensi. Yg balik makan kat rumah konon mcm family sweetlah. Mcm ada 1 perempuan dia sewa lelaki yg sama tuk balik rumah mkn malam sama dia ngan anak dia. Dia bercerai ke laki mati lupa plak. Ada pasangan tua sewa tuk makan sama tuk mcm ada anak kesian depa kesunyian.