Itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kewujudan sebuah laman Instagram yang membuat provokasi dengan menghina insitusi diraja negara ini.
Akaun Instagram dengan nama 'bukan_bangjago' itu memuat naik beberapa posting memaparkan suntingan wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Via mStar Online
Terbaharu pada Khamis pagi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram 'airtangan_tunkuazizah' turut berkongsi semula posting yang dibuat individu tidak bertanggungjawab itu.
"Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Saya tunjuk posting ini kepada suami dan kata pada dia bahawa dia kelihatan comel dan seksi," tulis Tunku Azizah berseloroh di ruangan kapsyen.
"Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan," tulis Tunku Azizah lagi.
Hasil tinjauan, akaun Instagram yang membuat provokasi itu mempunyai 98 pengikut dan sudah membuat 10 posting.
Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan!
Antaranya, suntingan memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong pada logo restoran makanan segera popular.
Turut mengundang kemarahan ramai tentulah foto memparkan Yang di-Pertuan Agong yang disunting sedang memanjat sebatang pokok.
Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dan meminta agar tindakan tegas segera diambil ke atas pengendali akaun palsu itu.
"Allahuakhbar. Memang tak ada kerja sungguh ya mereka ni. Semoga dibalas perbuatan mereka.
"Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan segera.
"Hukum, semoga menjadi pengajaran," tulis beberapa netizen di Instagram. -CARI
Post time 31-12-2020 02:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Benda camni riuh seminggu dua...pdrm pun nanti kecoh buat press conference kata suspek dh dikenalpasti...pastu senyap dan hilang. Mcm kes vandalism gambar mural agong...hilang kepercayaan pd pdrm dohhh...
Post time 1-1-2021 02:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
false flag je kut. org yg sama buat. spesis mana yg banyak sgt free time belajor bahasa indon, lagu indonesia raya tu sape la yg koser nak dengar nak buat parodi.
hindon ni banyak jenis perangai.kena jaga2 org yg buat provokasi ni.
Post time 1-1-2021 09:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau dia bukan Agong pun, apa masalah dengan umat ni nak edit edit muka orang begitu. Suka benar memprovok macam dah tak ada apa nak buat dengan hidup sendiri. Sedih.