Kredit foto : fajar.co.id
Jakarta: Penyanyi Indonesia, Gisella Anastasia dikenal pasti sebagai artis yang terbabit dalam satu video lucah yang dipercayai dirakamkan di Medan pada 2017.
Media tempatan Indonesia melaporkan, artis kelahiran Indonesia Idol itu membuat pengakuan berkenaan selepas disiasat polis berhubung satu klip video lucah yang tular di media baru-baru ini.
Difahamkan, ketika kejadian, artis itu masih berstatus isteri kepada seorang pelakon Gading Marten, tetapi pasangan berkenaan bercerai pada Januari 2019.
Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu media bahawa Gisella dan seorang lelaki lain yang bukan suaminya, sudah mengakui mereka adalah individu di dalam video lucah berkenaan.
Selain itu, polis turut menggunakan khidmat individu dalam bidang teknologi maklumat dan pasukan forensik dalam menyiasat kes penyebaran video berkenaan.
"Kedua-duanya mengakui adalah individu di dalam video yang tular di media sosial itu, adalah mereka.
"Dia (Gisella ) mengakui, bahawa perkara itu berlaku pada 2017 di salah satu hotel di Medan," katanya.
Katanya, dengan perkembangan itu, polis menukar status kedua-duanya daripada saksi kepada suspek.
Kredit foto ; Tribunews
Mereka bakal didakwa Akta Pornografi 2008, yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Sumber : HarianMetro |