CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 5

Kajian Skala Kes Jangkitan Awal COVID-19 Di Wuhan Adalah 10 Kali Ganda

[Copy link]
Post time 31-12-2020 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Pasar borong Wuhan di mana COVID-19 dikatakan mula dikesan. - Foto AFP





BEIJING: Kajian dijalankan pihak berkuasa kesihatan awam China mendapati, skala kes jangkitan COVID-19 di Wuhan pada peringkat awal adalah hampir 10 kali ganda lebih tinggi.


Selain itu, kajian sama menunjukkan bandar yang menjadi pusat penularan virus berkenaan itu juga mempunyai kadar imuniti sangat pendek bagi melindungi dari dilanda semula gelombang COVID-19.


Sekitar 4.4 peratus individu yang diuji didapati mempunyai antibodi spesifik yang dapat melawan patogen, iaitu penyebab COVID-19, sekali gus menunjukkan mereka dijangkiti beberapa kali pada masa lalu.


Ia berdasarkan kaji selidik serologi terhadap lebih 34,000 orang yang dijalankan pada April oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.


Data itu diterbitkan Isnin lalu. Dapatan juga menunjukkan bahawa Wuhan memilik populasi seramai 11 juta orang dan 500,000 daripadanya dijangkiti COVID-19.


Ia bersamaan hampir 10 kali ganda berbanding 50,000 kes disahkan positif seperti dilaporkan pihak berkuasa kesihatan pada pertengahan April lalu, ketika kaji selidik dijalankan.


China dikritik di peringkat antarabangsa pada fasa awal pengurusan wabak, sehingga virus itu tersebar ke seluruh dunia, sekali gus tercetus pandemik global sepanjang tahun sejak kemunculan kes pertama.


Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan kewibawaan China kerana menjadi punca tercetus virus di Wuhan, sehingga secara pantas menular luas ke Eropah dan Amerika Utara.

Semakan sejumlah data membabitkan kes dan kematian menambahkan lagi kecurigaan terhadap kredibiliti China dari segi angka.


Walaupun data serologi berupaya menguatkan kembali dakwaan itu, namun bagi pihak berkuasa kesihatan, perkara itu adalah satu kelaziman untuk melaporkan kes ketika wabak akut memandangkan kemampuan ujian terbatas dan hospital dibanjiri pesakit.


COVID-19 adalah wabak yang mampu menjangkiti manusia secara senyap tanpa gejala sehingga sakit dan kemudian menjadikan kesihatan seseorang bertambah buruk.


Kaedah pengawasan serologi digunakan secara meluas oleh profesional kesihatan seluruh dunia untuk mengukur skala sebenar wabak penyakit merangkumi COVID-19 hingga ke AIDS dan hepatitis.


Penyebaran penyakit dari kajian terbabit dapat mendorong usaha pembangunan vaksin dan mitigasi.


Tinjauan CDC China menunjukkan kesan virus di luar Wuhan tidak terlalu kuat.


Kadar positif untuk antibodi merosot sehingga 0.44 peratus di seluruh wilayah Hubei, yang dikenakan perintah berkurung selama tiga bulan.


Hanya dua orang diuji positif untuk antibodi dalam kalangan 12,000 yang menjalani kaji selidik di enam bandar dan wilayah China yang lain termasuk Beijing, Shanghai dan Guangdong.


Situasi ini menunjukkan penyebaran meluas virus itu di negara lain adalah sangat rendah.


Menurut CDC China, kadar kebolehjangkitan di Wuhan secara umumnya sejajar dengan dapatan di negara lain selepas gelombang jangkitan pertama.


Kadar positif antibodi di Sepanyol dan Switzerland pada musim bunga masing-masing adalah 6.2 peratus serta 11 peratus.






Sumber - BLOOMBERG/BeritaHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 01:47 PM | Show all posts

memang susah nak caya pun.ada ke sejak berapa bulan lepas statistik dorang stuck je 80k sedangkan negara lain semua naik



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
China data tak naik naik.
Padahal virus original dr sana.. Ermmmm apa yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 01:59 PM | Show all posts
tapi depa tak ubah statistik depa, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tambah pelik..dunia skg hampir seluruh negara masih lg bergelut dgn covid tp china relaks2 aje.

Memang masih ada kes..tp mcm pelik aje.
Siap ada vaksin...ntahlah...mcm.misteri aje covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mwanwhile deols aman2 je nak sambut CNY yg bakal tiba.. celaka kan.. kita punyalah kena sekat nk beraya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.108466 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list