View: 4583|Reply: 36
|
[Tempatan]
Peserta payung terjun maut di Putrajaya
[Copy link]
|
|
Peserta payung terjun maut terjatuh bangunan kementerian di Putrajaya
- bernama
PUTRAJAYA: Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5.35 petang itu Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata ketika melakukan terjunan, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan dan jatuh di sisi bangunan itu.
"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata latihan Terjun Tapak 2021 ini, dikelolakan pegawai PPj dan ia melibatkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi berkenaan.
"Bagaimanapun, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan," katanya.
Innalillah...masak la perbadanan |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihiraajiun
Dah mmg tiba saat dijemput Illahi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
- main mercun - hancur tangan
- balik raya cina eksiden - mati
.... Namun semua diatas takde yg.melibatkan bangsa Cina.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mati doing something he loves dan tau risikonya.
Tidak harus dilihat sebagai sia2
Innalillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-1-2021 09:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
pyropura replied at 2-1-2021 07:13 AM
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
Haah cina tak mati...lepas dicabut nyawa pun masih gigih berjimba naik merc kertas joli sakan shopping kat nirvana pakai kertas terbakar..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ini ajal beliau...manusia merancang, tuhan yg tentukan |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 2-1-2021 07:13 AM
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
Sebab ini tanah melayu
Cer tengok kat tanah besar china.. ramai tak melayu mati kat china sana |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 2-1-2021 07:13 AM
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
Motif.....ko ni kan pyro... eksiden tu banyak je cina mati...adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni terseret kat bangunan atau jatuh tersembab direct hentak tanah? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya ada 12 yrs experience...
|
|
|
|
|
|
|
|
inalilah..semoga roh ditempatkan dikalangan org yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 2-1-2021 07:13 AM
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
Mmg totok penjilat cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 2-1-2021 07:13 AM
Saya masih heran besar:
- naik moto besau - mati
- terjun payung - mati
hang ni...penyamar atau ori Msian??? |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah....takziah kpd keluarga mangsa
scary nya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka itu terjunan terakhir Azuan, Damailah kau di sana
MyMetroMutakhir
Share
Tweet
SANAK saudara dan sahabat handai hadir pada upacara pengebumian jenazah Azuan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad
[email protected]
Kajang:"Saya mahu tidur di sini dan tidak mahu pulang ke rumah" itulah perkataan diucap berulang kali peserta terjun tapak (base jump), Azuan Taharuddin, 49, kepada rakan pasukan sebelum maut dalam tragedi petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa hilang kawalan ketika membuat terjunan persiapan latihan Putrajaya Base Jump 2021 di bangunan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Putrajaya.
Rakan sepasukan mangsa, Adi Khirman Marji, 38, berkata, sebelum kejadian, Allahyarham Azuan dilihat kerap termenung dan kadangkala memberi nasihat kepada penerjun lain.
Katanya, arwah acap kali berkata mahu tidur di situ (Putrajaya) termasuk kepada rakan pasukan.
"Saya beritahu arwah akan carikan hotel atau bilik yang boleh dijadikan tempat tidur. Sepatutnya pada hari kejadian (semalam) arwah tidak melakukan terjunan dan hanya bertugas di bahagian bawah bagi mengawal penerjun lain yang mendarat.
"Bagaimanapun arwah sangat teruja untuk terjun ketika itu," katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Surau As Sa'adah, Sungai Jelok Indah, di sini tadi.
Adi Khirman berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi terhadapnya.
"Kehilangan arwah amat menyedihkan kami. Ia juga satu kehilangan besar kepada sukan lasak terjunan 'base jump'.
"Di Malaysia hanya terdapat 20 penerjun 'base jump' di mana hanya 15 orang sahaja yang aktif termasuk arwah.
"Arwah dianggap sebagai lagenda dalam sukan lasak ini malah menjadi sumber rujukan membabitkan penyelenggaraan," katanya
Solat jenazah diimamkan adik Allhayarham, Azrin Taharuddin sebelum jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang jam 3.30 petang tadi.
Turut hadir, ibu mangsa, Asmah Kassim, 73, dan isteri, Salinah Mohamad termasuk hampir 100 ahli keluarga dan sahabat handai.
Sementara itu Asmah memaklumkan kali terakhir bertemu anaknya itu seminggu lalu.
Katanya, arwah seorang anak yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu ahli keluarga.
"Azuan sering membawa saya ke Hospital Serdang untuk melakukan rutin pemeriksaan kesihatan.
"Sebelum ini saya pernah menasihati arwah berhenti menyertai sukan terjun itu kerana bimbang keselamatan dirinya. Namun saya akur terhadap minatnya itu," katanya.
Sementara itu isteri mangsa, Salinah Mohamad, 46, berkata, dia tidak pernah menyekat minat arwah suaminya terhadap sukan lasak itu.
"Pada hari kejadian semalam (kelmarin) rakan arwah datang menjemput saya dan membawa ke Hospital Putrajaya. Saya hanya dimaklumkan arwah kemalangan.
"Terdetik hati saya sesuatu buruk sudah berlaku sebelum dimaklumkan arwah meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 6:05 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga arwah. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlukah PBT ada team payung terjun? Perlukah PBT anjur aktiviti berisiko tinggi seperti ini? |
|
|
|
|
|
|
|
sbb cina semua dok dlm shopping komplek buat bisness untung besat
Melayu buat projek terjun sanansini yg untung kroni je dok dlm opis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|