Selepas Beto Kusyairy, Amerul Affendi pula menyuarakan rasa tidakpuas hati terhadap 'lanun' cetak rompak.
Amerul yang terkenal antara pelakon yang lantang bersuara kesal apabila sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib berhubung isu ini.
Kredit foto: WeTV
Luahnya di Instagram, dia yang membawa watak Belut dalam Kuala Lumpur Gangster Underworld 2 (KLGU2) kecewa apabila siri itu ditayangkan secara haram di laman YouTube.
Dia bagaimanapun berterima kasih kepada semua penyokong yang menonton siri berkenaan menerusi saluran yang sah tidak kira VIP mahupun secara percuma di platform weTV dan Iflix.
Sebulat suara dengan Beto, Amerul menegaskan bahawa dia nekad tidak akan terbabit dengan siri itu sekiranya dibuat sambungan.
"tak guna diteruskan" - IG Amerul
"Walaupun ia diteruskan, saya tidak akan berada di situ lagi. Tiada gunanya lagi jika ia diteruskan selagi ada yang bersikap seperti yang ada-ada sekarang," tulisnya. - CARI |