Umum pasti sudah tahu, berikutan peningkatan kes COVID negara kita, pelajar IPT terpaksa belajar secara dalam talian. Belajar dalam talian pun sudah banyak cabarannya. Terkini, banyak negeri dilanda banjir pula.
Kredit foto: Banjir di Temerloh, Pahang - Ihsan Pembaca via Sinar Harian
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter Afnan Azman meluahkan rasa kecewa dengan sikap pensyarahnya yang dilihat kurang bertimbangrasa dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.
Rakan Afnan, Izzat meminta pengecualian menjalani kuiz kerana ditimpa musibah banjir. Beliau turut memberitahu tidak dapat hadir kelas sebelumnya kerana sibuk memindahkan barang akibat bencana itu.
Izzat turut berkongsi keadaan di dalam rumahnya.
Malangnya, pensyarah tersebut tetap meminta Izzat untuk hadir mengambil ujian tersebut.
Perkongsian Afnan ini turut mengundang kemarahan wargamaya ke atas sikap pensyarah itu.
Bencana alam kot...
Takde common sense...
Lecturer pun tak suka lecturer macam ni...
Masih wujud lagi yang tiada empati ni???
Kredit foto: Twitter Afnan
Mengambil ujian itu memang salah satu tanggungjawab pelajar. Tapi dalam keadaan sebegini perlulah ada budi bicara pensyarah jua kan?-CARI
|