Cinta hingga ke akhir hayat.
Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki pencen yang percaya bahawa isterinya yang berusia 66 tahun merupakan wanita tercantik di dunia.
Kredit foto: Triangle News
Dia sebelum itu membuat perbandingan antara isterinya dengan Yael Shelbia, gadis Israel yang dinobatkan sebagai pemilik wajah paling jelita di dunia untuk tahun 2020, lapor Daily Star.
"Dia (Yael) memang menarik, tapi tak secantik isteri saya. Isteri saya umur 66 tahun," ujar Richard Freemantle di Facebook.
Kredit foto: yaelshelbia/Instagram
Perbandingan itu pantas menjadi tular dan menerima ribuan komen netizen.
Malah, ramai yang memuji cara lelaki itu mengambil hati isterinya.
Sumber: mStar |