Bitcoin dilaporkan mencapai paras tertinggi baharu hari ini iaitu sebanyak $ 38,000 (lebih RM153,000) yang membantu meningkatkan nilai keseluruhan pasaran mata wang kripto (cryptocurrency) melebihi $ 1 trilion untuk pertama kalinya.
Menurut CNBC, nilai tertinggi itu dicapai hanya beberapa jam setelah melepasi tahap $ 37,000 (RM140,000).
Ia meningkat 7% berbanding hari sebelumnya. Mata wang kripto meningkat sekitar 30% sejak awal 2021 dan dalam 12 bulan terakhir telah meningkat hampir 370%.
Sementara itu, nilai keseluruhan pasaran mata wang kripto yang terdiri daripada bitcoin dan syiling digital lain seperti eter dan tether, melepasi $ 1 trilion untuk pertama kalinya pada hari ini.
Bitcoin merupakan mata wang kripto yang paling dominan, dengan nilai pasaran lebih dari $ 700 bilion.
Kebangkitan Bitcoin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk lebih banyak pembelian dari pelabur institusi besar, lapor CNBC.
Post time 8-1-2021 01:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
becir replied at 8-1-2021 01:04 AM
Kak dude beli kat mana..platform apa? Ajarin sikit...
Merata2 boleh beli kaka, etoro, plus500, skrill. Tapi sekarang tengah tinggi macam tak berbaloi je nak beli? Iols taktau la sebab iols beli masa rendah 5k+
Post time 8-1-2021 05:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mining etherium..baru 7 hari dpt rm 250 time 140k ...terbaru 158k...aku lagi suke dia menten dari naik pastu turun mendadak...skang 1 eth sama dgn 5.4k....difficulty pon masuk akal lg nk mining guna gpu.....dpt mining gpu ketuk btc ngan eth lagi mashuk..sebulan 3k gitu je dpt
Post time 8-1-2021 05:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
becir replied at 8-1-2021 01:04 AM
Kak dude beli kat mana..platform apa? Ajarin sikit...
Luno.. malaysia punya diiktiraf BNM dan suruhanjaya sekuriti. Tapi bak kata kak duda.. skrg MCM berdebar nak beli .. tapi prediction kata boleh capai 100k sekupang...
tengok macam bakal turun mendadak kan? sebab bitcoin ni memang naik mendadak... bulan 11 masuk bulan 12 haritu dia naik mendadak sampai ke harini...
selalu bulan 2 ke bulan 3 bitcoin ni akan terjunam... tu ikut chart lama la tapi iols tak boleh predict...
2018 bulan february dia terjunam ke 6k...
2019 pun sama jugak january dan february terjunam sampai 4k...
2020 pun sama masuk february - mac je terjunam sampai 5k
Post time 9-1-2021 12:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kwn aku beberapa org mmg tgh happy.. Dia org citer ms bl dl 6k usd.. Skrg dah naik lebih 20k usd.. Ade yg dah jual.. Bayar abis loan rumah kete.. Masyuk tgk dia org skrg.. Dia org ckp estimated 50k usd je.. Tu skrg ni kalo nk sell pun dah ok.. X tau la.. Aku tgk je.. X penah join pun dia org membeli
Post time 9-1-2021 08:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dudaberhias replied at 9-1-2021 12:02 AM
tengok macam bakal turun mendadak kan? sebab bitcoin ni memang naik mendadak... bulan 11 masuk bul ...
Dia terjunam tahun lepas sebab halving. Terjunam sampai 3k seketul. Lepastu mencanak2. Tapi prediction katanya boleh cecah 500k . Macam tak logik kan. Macam superficial je. Tapi tahun lepas memang aku baca diorang agak2 harga dia akan sampai 100k dalam masa setahun dua ni. Entah lah.. sapa berani cuba lah invest. Bitcoin akan selalu ada harga. Eth pun boleh kalau bajet kecik. Skrg Eth 1k ++. Prediction kata akan mencapai 10k.