"Adik kan, mestilah saya sokong dari belakang."
Nampaknya, adik Haqiem Rusli, Zali yang sebelum ini tampil dengan single Pewangi, kini mengorak langkah dalam bidang lakonan pula menerusi drama Bidadari Salju.
Kredit foto: IG
Berkata kepada REMAJA, Haqiem sedikit sebanyak memberi pesanan buat Zali untuk berada dalam industri.
"Saya nasihatkan dia selalu untuk jangan takut dengan orang. Saya faham dia pemalu, saya pun pemalu juga. Tapi, apa yang penting untuk berada dalam industri ini adalah niat.
"Kedua, kalau sesuatu yang kita buat itu adalah perkara yang betul, pertahankan.
"Saya harapkan perasaan malu dia hanya pada peringkat permulaan saja, terutamanya bila berada di hadapan kamera. Bila melihat dia sekarang, saya teringat pula dengan diri sendiri dahulu. (Saya pun malu juga dulu," imbasnya.
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, Haqiem turut berpesan supaya menjaga posting dan feed di media sosial.
"Saya minta dia melihat perjalanan karier saya dan belajar daripada mana-mana kesilapan (yang pernah dilakukan)," ujarnya. - CARI
BACA JUGA: Beri Tunjuk Ajar, Haqiem Rusli Akan Bina Nama Adik Dalam Industri |