"Sumpah tak ada (tidak terlibat)... nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?"
Tiz Zaqyah terkejut dan tidak menyangka namanya dikaitkan dengan aktiviti pelacuran kelas atasan.
Kredit foto: IG
Walaupun tuduhan itu disifatkannya keterlaluan, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, tidak bimbang kerana tidak pernah terjerumus dalam aktiviti sedemikian dan kawan-kawannya tahu dirinya bagaimana.
"Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana... saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni.
"Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Tiz mengakui tidak terkejut sekiranya timbul dakwaan selebriti terpalit dengan skandal seks.
Kredit foto: IG
"Saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.
"Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya... saya tak terkejut, ia berlaku.
"Mungkin dalam kalangan kita pun ada... tapi itu mungkin cara mereka cari duit," katanya.
Kredit foto: IG
Memetik mStar, beberapa selebriti wanita dan influencer terkenal sebelum ini didakwa menawarkan perkhidmatan menjual tubuh demi kesenangan hidup hingga mengenakan bayaran mencecah RM30,000 semalam. - CARI |