Dengan nama 'Doktor Seksi', seorang lelaki ditahan kerana mengumpan kanak-kanak untuk perbualan lucah menerusi sebuah aplikasi telefon pintar.
Pesalah, Umar Tahir, 38, berbual dengan kanak-kanak berusia 12 tahun menerusi aplikasi Kik yang telah dimilikinya selama 675 hari.
Foto :Manchester Evening News
Umar menghubungi kanak-kanak tersebut untuk memberitahu bahawa gambarnya seksi dan memuji kaki mangsa pasti kelihatan lebih cantik dalam dres.
Perbualan seterusnya mengenai sama ada kanak-kanak tersebut memakai baju dalam dan bercerita mengenai aksi seks sebelum meminta mangsa membayangkannya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu sebenarnya adalah polis yang menyamar lalu mengesan lokasi Umar menerusi alamat IP.
Menurut laporan Daily Star, Tahir mengaku bersalah kerana berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak di mahkamah Manchester, England.
Foto : Manchester Evening News
Pendakwa, Racheal Ehite menyatakan perbuatan tersebut tidak dapat dimaafkan kerana pesalah meminta mangsa membayangkan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kanak-kanak.
"erbualan bukan sekali, tetapi berkali-kali dan ianya adalah 'sex groom'."
Malahan, Tahir juga terlibat dalam beberapa kumpulan pemangsa seperti Teen schoolgirls, Teen body, Daddy Princess dan Teen snow bunny.
Sementara itu, peguam Simon Gurney menyatakan Tahir kini berasa sangat malu dan berjanji untuk tidak melakukan jenayah tersebut lagi memandangkan ketika itu dia berhadapan tekanan berlebihan.
Seterusnya, Gurney menjanjikan yang Tahir akan mengikuti terapi bagi ketagihannya itu.
Foto : ABNM
Hakim, Nicholas Clarke menyatakan yang reputasi Tahir sebagai seorang doktor tercalar begitu sahaja kerana kes sebegini.
Oleh itu, pesalah dikenakan hukuman penjara lapan bulan dengan dua tahun perkhidmatannya digantung. Tahir juga didenda 300 jam bekerja tanpa gaji dan melakukan aktiviti di pusat pemulihan selama 30 hari. - CARI
|