CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8864|Reply: 107

[Tempatan] Tempoh PKP 14 Hari Tidak Mencukupi, Sepatutnya 6 ke 12 Minggu Lebih Baik - Pakar

[Copy link]
Post time 12-1-2021 01:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-HBZ at 12-1-2021 01:15 AM

Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM



KUALA LUMPUR: Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri, dilihat tidak mencukupi untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 yang kini mencecah hampir 3,000 kes setiap hari.

Pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata ia berikutan jumlah kes sporadik atau jangkitan dalam komuniti adalah lebih banyak berbanding PKP pertama pada Mac tahun lalu.


Beliau berpandangan, tempoh PKP yang berkesan untuk mengurangkan kes ke tahap selamat ialah enam hingga 12 minggu.


"Pelaksanaan PKP memang perlu, cuma dua minggu tidak mencukupi kerana tempoh inkubasi virus ini ialah antara 10 hingga 14 hari.


"Ia bermakna kes diumumkan hari ini mungkin mula dijangkiti 14 hari lalu.


"Jika kita mahu PKP berkesan menurunkan kes secara berterusan, ia perlu dilaksanakan sekurang-kurang enam hingga 12 minggu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Awang Bulgiba berkata, dua minggu juga tidak mencukupi kerana penularan wabak terbabit dalam kalangan pekerja warga asing ketika ini adalah jauh berbeza berbanding Mac tahun lalu.


Malah, beliau berkata, kadar positif individu yang menjalani ujian saringan COVID-19 di Malaysia sudah mencecah lapan peratus, melebihi kadar lima peratus disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


"Ketika PKP pertama, kadarnya adalah satu hingga dua peratus saja, bermakna hanya satu atau dua individu positif daripada 100 yang disaring, berbanding lapan orang sekarang.


"Ini membayangkan penularan virus dalam masyarakat jauh lebih tinggi daripada yang dikesan.


"Bilangan individu positif sekarang dihadkan jumlah ujian, bermakna lebih banyak ujian dijalankan, lebih tinggi jumlah kes positif dikesan," katanya.


Beliau bagaimanapun memuji tindakan kerajaan tidak melaksanakan PKP secara 'pukul rata' di seluruh negara, dengan memisahkannya secara tiga peringkat menerusi PKP Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB), sekali gus dapat mengimbangi impak ekonomi serta sosial di negeri yang tidak merekodkan bilangan kes tinggi.








Sumber : BeritaHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulgiba bugima kau lah pkp
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 01:17 AM | Show all posts
duit berkepok2 boleh la nyembang nak berminggu2. yang makan gaji niaga sendiri macam mana? dah lah nak keluar duit kwsp sendiri pun disusahkan macam2 syarat. lagi nak pkp lama2...


lepas dah ok sikit nanti buat PRU pulak..jadi macam prk sabah dulu. lepas ulang lagi pkp sampai mereput
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 01:35 AM | Show all posts
Kita mau PKP selama 3 bulan tutup semua sempadan keluar masuk negara termasuk semua ports!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah buatlah setahun terus lagi senang

Sampah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidur jap bangun dah pkp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko sorang la yg nk pkp berbulan.
Org lain tkmo
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
x ada masalah. asalkan mora bg free 6 bulan. free bukan lanjut n isinar kasi lulus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 02:27 AM | Show all posts
Pakar kununn... setakat sembang yang berjangkit... coba hang habaq sikit berapa ramai yang meninggal dari total semua tu ? dan kebanyakan meninggal kerna ada penyakit kronik.. mungkin depa meninggal pun sebab penyakit kronik kebetulan +ve c19... teruih label meninggal kerna c19 ..

orang patot PKP 12 minggu kaa 1 tahun kaa adalah orang yang risiko tinggi untuk hilang nyawa.. ekonomi runtuh nanti yang +ve kaa -ve kaa perot dah lapaq buleh jadi gila... kot2 pakar ni pun mampos depa kerja kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
no matter berapa lama PKP dan berapa kerap 2.0 , 3.0, 4.0 , 100.0 pun, tetap lepas habis PKP je terus kes mencanak. Based on PKP 1.0 yg lepas sbb semua org hidup macam biasa macam tkde apa2 berlaku.
Disiplin time PKP je. so mmg kalau kita duduk negara yg masih mesti salam cium tgn, budaya silaturahim ialah ziarah, makan share, peluk2, budaya mengeteh / memamak, budaya merendek kat shopping complex budaya duduk berhimpit2 etc. sampai bila2 pon kena PKP baru lah single digit case.

yg perlu diubah ialah budaya hidup. belajar utk hidup dgn normabaru secara berkesan... Bukannya perlaksanaan PKP berminggu2 penjara dirumah sendiri tak sekolah, tak keje

can’t the authorities promote newnorm...rather than PKP?
sebagaimana kempen beli barangan malaysia/ kempen cintai bahasa kita etc
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mora tambah
Loan boleh panjangkn 20 thun
Komitmen boleh kurg
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal jd pemimpin je semua bodo...

Dari pandangan aku terhadap covid yg menyerang satu dunia ni...PKP bukan penyyelesaian masalah tapi peelaksanaan SOP cara hidup manusia tu sendiri...disiplin diri..untuk elakkan covid...
Sebabnya covid x kan hilang dgn peelaksanaan PKP... malah PKP akan merntuhkan ekonomi masyarakat dan seterusnya negara...

Ko kerja kerajaan mmg la mudah nk PKP sb duit gaji masuk sentiasa tapi kalau dah orang swasta jatuh mana ko nk korek duit gaji ko nk bayar gaji seluruh orang kerajaan...duit negara datang dari mana?..dari langit?....kalau dag semua syarikat swasta lumpuh.... negara pun lumpuh juga...dari mana pula duit untuk orang gomen?...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar la tuan prof oiii
awal2 ni dia bagi 2 minggu dulu, lepas tu buat penilaian
klu tk turun lagi nti extend lagi
adehh sume pakat nk komen tunggu la dulu tengok 2 minggu ni camne
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke bagi 2 minggu dulu supaya rakyat tak rasa terkejut sgt? Orang selangor dan sabah dah biasa kot kena gini, lepas 2 minggu sambung lagi dan lagi sedor2 dah berbulan kami kena PKPB ni upgrade ler pulop ke PKP
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm 2 minggu ni permulaan aje, nak2 selangor, sabah. Hari2 kes masih tinggi. Silap2 belum cukup tempoh 2 mggu nanti gomen umumkan utk sambung lagi dan lagi
Kalau aku diantara golongan yg pendapatan langsung x terjejas masa pkp, aku pun x heran kot nak buat pkp berbulan2. Takat duduk aje rumah x berjalan mana2 biasa sgt dah. Tapi ramai lagi kat luar sana yg pendapatan mesti terjejas. Yg hilang kerja pun ramai. Ekonomi boleh runtuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 12-1-2021 06:17 AM
sabar la tuan prof oiii
awal2 ni dia bagi 2 minggu dulu, lepas tu buat penilaian
klu tk turun lagi ...

Setuju sis..tenang2 dulu.bukan senang nak buat decision ni sbb kena consider byk faktor..setiap sudut kena teliti demi kesejahteraan semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak buat PKP darurat Sabtu Ahad sahaja? Maksudnya setiap Sabtu dan Ahad tiada pergerakan langsung! Semua orang duduk diam dalam rumah.

Isnin - Jumaat boleh keluar yang terhad untuk kerja dan berkaitan ekonomi sahaja. Itu pun hadkan 6am sehingga 6pm sahaja. Malam duduk diam di rumah.

Sekarang ni Sabtu Ahad dah jadi normal gila babi oleh semua pihak! Mana tak mengganas covid!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah campaign utk ubah mindset rakyat utk jaga sop dan famili. Dah ada variant uk tu masuk, mudah merebak. Kat luar bandar yg paling degil
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:19 AM | Show all posts
lepas PKP berbulan-bulan makin banyak gak kes covid ni..

selagi rakyat tak patuh SOP dan tak sabar-sabar nak rentas negeri pi bercuti walau kerajaan membenarkan...benda ni tak abis le nampaknya.

kerajaan ari tu benarkan rentas negeri kalau ada urusan penting je...depa kata gitulah...tapi yang rakyat jelata ni dah la pi rentas negeri nak bercuti sakan...pi buat family day le pulak..

nak melancong pi je la ngan family serumah je...jaga SOP..yang ni tak...di ajaknya satu keturunan bercuti buat family day apa..yang tu yang merebak covid ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050318 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list