Kecoh apabila Fatin Afeefa mendedahkan perbualan dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang mendakwa pernah tidur sebilik dengan bapanya, Adam Shahz bersama teman wanita ketika bercuti.
Kredit foto: IG
Fatin bagaimanapun memadam video berkenaan termasuk beberapa status beremosi mendakwa sudah empat tahun Adam tidak memberi nafkah anak.
Dia kemudian memohon maaf kerana mendedahkan aib bekas suaminya itu.
Kredit foto: IG Story/mStar
Sudah tidak tahan memendam perasaan, katanya yang turut kesal apabila ada pihak menuduh dia membuat fitnah dan anaknya mereka cerita.
Kredit foto: IG Story
Sementara itu, Adam yang dihubungi mStar menegaskan semua yang didakwa Fatin adalah fitnah terhadap dirinya dan dia nekad membawa perkara itu ke mahkamah.
"Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.
"Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti," katanya kepada mStar. - CARI |