View: 5888|Reply: 28
|
Ernie Zakrie, Syamel Pening Cari Tarikh Kahwin -AJL35 Tunda, Majlis Nikah Pun M
[Copy link]
|
|
Bakal melangsungkan pernikahan dengan Syamel pada tahun ini, penyanyi Ernie Zakri memberitahu sehingga kini dia masih buntu mencari tarikh dan lokasi yang sesuai untuk hari bahagia mereka.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata beberapa perkara yang perlu dititik berat antaranya senarai jemputan supaya majlis mengikut prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan dia mengambil masa lama untuk merancang.
Bagaimanapun penyanyi berusia 29 tahun ini menyasarkan untuk melangsungkan perkahwinan selepas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) dan akan berkongsi berita gembira itu dengan peminat di masa kelak.
Kredit foto: IG
"Apa yang saya boleh dikatakan dan dikongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah... kami akan langsungkan perkahwinan.
"Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak. Sebab ada beberapa perkara antaranya lokasi yang belum disahkan. Tambahan pula kena fikirkan SOP lagi.
"Jemputan pun nak kena susun betul-betul... siapa yang kami akan jemput. Jadi apabila dah betul-betul buat keputusan pemilihan tarikh, InsyaAllah kami tak rahsiakan dan akan berkongsi dengan semua orang," katanya kepada mStar.
Ernie ditemui ketika sesi ramah mesra bersama finalis AJL35 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.
Terbaharu produksi AJL35 mengumumkan penangguhan acara itu yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari ini.
Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Ernie yang bakal menyampaikan lagu Gundah di pentas AJL35 mengakui gembira apabila sentiasa menerima pertanyaan mengenai sasaran untuk memenangi Vokal Terbaik.
Namun menurut Ernie, dia tidak mahu hanya menyasarkan anugerah itu sahaja sebaliknya berharap untuk melakukan persembahan sebaik yang mungkin agar single ciptaannya itu menjadi lagu terbaik pada acara tersebut.
"Sebenarnya saya bersyukur dan gembira... setiap kali bertanding di pentas AJL pasti akan menerima pertanyaan yang sama. Sekurang-kurangnya ramai juga yang menantikan persembahan daripada saya.
"Tapi nak kata saya letak sasaran untuk menang vokal terbaik sahaja, sebenarnya saya cuba untuk dapatkan semua sekali kerana kali ni lagu yang bertanding adalah ciptaan sendiri.
"Kalau boleh saya nak sasarkan lagu terbaik dan tanggungjawab saya juga untuk berikan yang terbaik pada malam AJL itu nanti. Saya akan berikan rasa dan emosi yang berbeza untuk kali ini. Bukan hanya fokus pada vokal tapi emosi juga," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu photoshoot baju kahwin siap landing atas bahu syamel tu benda...ingat prewed |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin saja, buat sanding atas pelamin tanpa kehadiran penonton. Kalau aku rasa seronok bertuah sangat kahein dalamnpandemik tak perlu buang duit buat majlis besar2. Cukup sedara buat kenduri lepas tu hantar makanan kat jiran tetangga. Jimat duit 80%. Hairan hudaya orang melayu nak bermegah2 konin raja sehari. Lepas tu tanggung hutang. Penyakit virus merebak. Tak cukup menteri2 bodoh, rakyat pun tumpang bodoh cam indon seberang gak. Yang kesian golongan doktor jururawat berhempas pulas nak rawat kau semua. Satu je kaat, kalah semua doktor tumbang padan muka kau semua takde siapa nak rawat. Degil nak bercuti jalan2 hilang stress taik kau. Ni pandemik bodoh. Bukan masa berjalan2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mggu lepas ada sedara kwekn ank online je(zoom).. yg hadirkn diri tu hnya pd yg penting2 je.. mak ayah, tok dan nenek, adik beradik dan ofkos pihak lelaki( pun terhad). sepupu sepapat, mak /pak sedara, kaum kerabat yg lain dan kwn2 tonton online aje lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tau xpe..aku kalu diberikan peluang aku nk kawen time pkp..xpyah pening jemput org kawen kt pjabat kadi je n update kt socmed sbab nk elakkan fitnoh..org pun x kcik ati sbab x bleh dtg majlis kan..duit lebih tu aku nk buat beli emas xpun simpan dlam asb kang dpat dividen aku nk melancong g oversea once covid da reda..gittuhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat yg wajib je..musim2 gini xperlu majlis besar2 la..jimat banyak dan semua org faham..
Nanti dah tua bleh cite kat anak cucu kawen musim covid |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah je la. Buat mcm ayda jebat. Majlis resepi lepas tu. Apedehal. Dh buyung pn bole pe naik pelamin |
|
|
|
|
|
|
|
Xyh la postpone nikah.
Nikah je dulu.
Resepsi tu bila2 boleh
Org kawen dah 10thn pun boleh wat resepsi grand
Klu dok pospone nikah tu boleh join team risteena munim.
Sampai ke sudah la x menikah nye
Sapa yg rugi?
Org lain time pkp hujan2 ni bole tido peluk bini. |
|
|
|
|
|
|
|
mekap dia dalam gambau tu agak wow.. |
|
|
|
|
|
|
|
lol...ni pun jadi bahan berita ker |
|
|
|
|
|
|
|
benda yg sepatutnya mudah tapi disusah2kan..
yg wajib xnk ikot pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nikah je laa dulu..
time pkpb pkpp then pkpb balik tak nak nikah dulu...
ni nak pkp 2.0 baru nak terkial kial..
korang celebrity kot.. dah tentu senang2 dapat tarikh nikah kat pejabat kadi...
lain laa marhaen.. kena queue jugak.
saudara meols buat kenduri kahwin sabtu lepas..
pastu sedih adik beradik sepupu dia ramai tak datang..
dah tu buat besar2 pastu time kes tengah banyak.. memang la orang seriau takut jd kluster.
elok2 duit boleh simpan, kan dah membazir makanan dan goodies byk tak habis...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x tunda nikah, boleh praktis guna mikropon shamela. |
|
|
|
|
|
|
|
nikah je la kat pejabat agama..simple je.asal ada wali, saksi bagai.mcm tak tahu hukum lak
ni mesti gedik nk buat level2 gah bagai ms msuin cobid ni |
|
|
|
|
|
|
|
or maybe ernie bajet2 nk buat wedding of the year mcm makciknya, ZZ yg siap lambai tangan kat fans dr balkoni rumah satu tika dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
nikah je la.nikah bole je kan.cuma tak bole buat majlis kawin je |
|
|
|
|
|
|
|
Buat time pkp la jimat.. Org xleh kta apa... Adik ipar nikah je rasa.. Tp org tua2 ni rasa x lengkap xbuat majlis.. Wpn nk kecik sekecik2nya.. Tkt org kta.. Klu ikut iols lantakkk la nk kta apa... Mau kna serbu sbb langgar sop bkn yg dtg kena.. Tuan rumah kena.. Masa tu yg dtg Agak2 nk byr? Haremmmm... Bab mkn laju la... |
|
|
|
|
|
|
|
Virtual wedding je lah jah. Duit pun jimat Kenangan pun unik. |
|
|
|
|
|
|
|
asal muka dia sekarang mcm rosnah mat aris |
|
|
|
|
|
|
| |
|