CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3028|Reply: 21

Lebih RM53 Juta Wang Kasino "Lesap", Polis Korea Buru Rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 12-1-2021 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Gambar menunjukkan ruang dalaman Landing Casino Jeju Shinhwa World di Korea Selatan. - Kredit foto: www.shinhwaworld.com






SEOUL – Polis Korea Selatan melancarkan  operasi memburu seorang pekerja warga Malaysia selepas sejumlah wang tunai hilang secara misteri dari sebuah kasino milik firma Hong Kong di pulau peranginan Jeju, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) hari ini.


Jeju Shinhwa World yang merupakan antara resort terbesar di Korea Selatan membuat   laporan polis pada minggu lalu  dengan menyatakan, wang berjumlah  14.56 bilion won (RM53.7 juta), semuanya dalam not mata wang Korea Selatan, hilang dari Landing Casino yang terletak dalam pekarangannya, demikian menurut agensi berita Yonhap.


Firma Hong Kong, Landing International Development Ltd. yang merupakan  pemilik dan pengendali Jeju Shinhwa World mendedahkan kehilangan wang tunai tersebut menerusi laman webnya minggu ini.


“Lembaga pengarah syarikat ingin memaklumkan kepada pemegang saham dan pelabur bahawa pada 4 Januari 2021, pengurusan Kumpulan mendapati bahawa sejumlah dana dianggarkan sebanyak 14.56 bilion won yang disimpan di Jeju, Korea Selatan, telah hilang,”  demikian menurut Landing International dalam kenyataan di laman webnya.


“Buat masa ini, pengurusan Kumpulan masih gagal berhubung dengan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan dana tersebut. Syarikat dengan segera telah melaporkan insiden itu kepada polis di Korea Selatan dan mereka sedang melakukan siasatan,” kata  kenyataan sama.


Seorang pegawai kanan di Balai Polis Jeju mengesahkan bahawa kes itu sedang disiasat.


“Saya tidak boleh berikan butiran terperinci kerana kes ini masih disiasat,” katanya.


Kakitangan itu yang merupakan  seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an, masih bebas selepas mengambil cuti pada akhir Disember tahun lalu.


Polis di Jeju telah mengambil rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dari kasino tersebut tetapi rakaman CCTV masa kecurian dipercayai telah dipadamkan, lapor Yonhap.


Polis mengesyaki insiden itu membabitkan sejumlah pelaku kerana wang tunai yang hilang itu dianggarkan seberat 280 kilogram dan terlalu  berat untuk seorang individu memindahkannya.


Polis  juga berkata, wang tunai itu mungkin masih berada di Jeju kerana amat sukar untuk membawa keluar sejumlah besar wang besar menerusi lapangan terbang atau pelabuhan.


Landing International Development Limited ialah sebuah firma pelaburan yang mempunyai kepentingan dalam resort dan bisnes perjudian.


Di Korea Selatan, projek Jeju Shinhwa World milik firma itu terdiri daripada empat hotel mewah, sebuah kondominium, taman tema dan kompleks beli-belah.










Sumber – Agensi/Kosmo

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang terancang la kalau gitu. Ingatkan laki, pompuan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 04:32 PM | Show all posts
masih tersembunyi di island  ada dalam bilik hotel mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan 9 tahun 2020 x salah aku kecoh US tengah siasat kes perjudian melibatkan cina malaysia termasuk yg kwn baik Tun M
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-1-2021 05:14 PM
Bulan 9 tahun 2020 x salah aku kecoh US tengah siasat kes perjudian melibatkan cina malaysia termasu ...

Kawan baik Tun M....siapa kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 12-1-2021 05:47 PM
Kawan baik Tun M....siapa kaka?

Lupa pulak nama.. Owner 7E.. Ada buka thread.. Tapi sendu saja.. Nanti kak sarah cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-1-2021 05:52 PM
Lupa pulak nama.. Owner 7E.. Ada buka thread.. Tapi sendu saja.. Nanti kak sarah cari

Okay hasil siasatan kiko, mertua sm faliq owner terbesar n tan sri ismail embong chairman 7e
Sultan selatan owner kedua...so i guest sm berjaya ye,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 12-1-2021 06:32 PM
Okay hasil siasatan kiko, mertua sm faliq owner terbesar n tan sri ismail embong chairman 7e
Sult ...

Ralat: Tan Sri Abdul Hamid Embong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Day mcm citer Ocean Ocean campur Catch me if you can
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina komunis ka
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 12-1-2021 06:32 PM
Okay hasil siasatan kiko, mertua sm faliq owner terbesar n tan sri ismail embong chairman 7e
Sult ...

Sm faliq isteri dia cina kan? Nama isteri dia antara yg naik dlm kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah alang2 kat korea, bolehlah operate muka jadi unnie korea...polis pun tak boleh cam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-1-2021 08:59 PM
Sm faliq isteri dia cina kan? Nama isteri dia antara yg naik dlm kes tu

Seriusly la kaka, iols teka sajork...hmmm padanla reta xabis makan
Tapi apa boleh dikata sedangkan kes jo low pun tak selesai2
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 12-1-2021 11:03 PM
Seriusly la kaka, iols teka sajork...hmmm padanla reta xabis makan
Tapi apa boleh dikata sedangka ...

Serius.. Berita tu tak panas sbb yg terlibat bukan org Melayu islam.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-1-2021 11:42 PM
Serius.. Berita tu tak panas sbb yg terlibat bukan org Melayu islam.. Hahaha.

Agak2 ke dalam jua tak sm berjaya slps ketiadaan atuk?
Dengar2 bisness naza pun da xselebat mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 12-1-2021 11:46 PM
Agak2 ke dalam jua tak sm berjaya slps ketiadaan atuk?
Dengar2 bisness naza pun da xselebat mana

Tak pasti.. Tapi bapa mentua dia nafikan la ada kaitan dgn company judi yg US siasat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-1-2021 11:51 PM
Tak pasti.. Tapi bapa mentua dia nafikan la ada kaitan dgn company judi yg US siasat

Harusla dinafikan sekeras-kerasnya
Klau tidak abisla bisness jota2
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 13-1-2021 12:00 AM
Harusla dinafikan sekeras-kerasnya
Klau tidak abisla bisness jota2

Mmg dinafikan.. Kak sarah lupa dah kenyataan dia.. Tapi mmg dlm pemerhatian la dia dan anak perempuan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani dia nak curi ye. Sedar2 kena benam dalam laut. Dah ler atas pulau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 04:17 AM | Show all posts
Korean Job
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.866686 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list