View: 1733|Reply: 8
|
Mayat Diusung Ke Bank Untuk Keluarkan Duit Simpanan
[Copy link]
|
|
Beberapa individu di India mengejutkan kakitangan sebuah bank apabila membawa mayat jiran mereka ke premis berkenaan.
Mereka bertindak sedemikian bagi menuntut untuk mengeluarkan wang simpanan si mati untuk diguna menguruskan upacara pembakaran mayatnya.
Gulf News melaporkan Mahesh Yadav, 55, meninggal dunia di kampung di timur Bihar, selepas sekian lama menanggung penyakit dan dia tidak mempunyai ahli keluarga.
Mayatnya ditemui jiran beberapa jam selepas lelaki itu meninggal dunia, kata pegawai kepada AFP.
Foto: Gulf News
Penduduk kampung kemudian menggeledah rumahnya bagi mendapatkan barang berharga untuk membayar upacara pengebumiannya, tetapi tidak menemui apa-apa.
Mereka kemudian mengambil buku simpanan bank si mati yang menunjukkan baki berjumlah AS$1,600 (kira-kira RM6,503).
Petang hari sama, mereka membawa buku simpanan itu dan mayat Yadav ke sebuah bank.
Namun, pengurus cawangan bank itu enggan membenarkan pengeluaran wang daripada akaun si mati, kata pegawai polis tempatan, Amrendar Kumar.
"enduduk kampung meminta bank memberi mereka wang itu untuk upacara pembakaran mayat atau jika tidak, mereka tidak akan membakarnya.
"Ini memberi tekanan kepada bank yang akhirnya mengeluarkan sejumlah wang selepas campur tangan anggota polis," kata Kumar.
Pengurus cawangan Canara Bank, Sanjeev Kumar menyatakan bahawa situasi itu luar biasa dan ia menimbulkan rasa panik.
"Ini adalah kes pertama. Selepas lebih satu jam, saya memberi mereka wang AS$135 (RM548) dan mereka akhirnya meninggalkan bank bersama mayat mangsa untuk upacara pembakaran mayat," katanya.
Jiran si mati, Shakuntala Devi berkata, Yadav tidak memiliki tanah dan tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.
"Tidak ada sesiapa yang menjaganya walaupun sudah berbulan-bulan Yadav menderita sakit. Kami biasanya menyediakan makanan kepadanya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian. takde waris, takde apa2.. sib baik jiran tetangga ramai leh tolong |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...
berapa kos pengebumian kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...nasib baik dikelilingi oleh jiran yang baik dan prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugakkan, at least dapat jugak duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka bank. Dah duit mendiang, bkn nak jiran nak joli pun |
|
|
|
|
|
|
|
wakil rakyat buat apa? ke tak habis lagi cerita elifen fight elifen? sial punya wakil rakyat. dah lah gemok... bodoh pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
BUKTI depa benar2 kukuh.....bank dh x blh berdalih dh.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|