CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1818|Reply: 5

[Tempatan] Enam Darurat Yang Pernah Diisytiharkan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-1-2021 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-HBZ at 13-1-2021 04:10 PM








Berdasarkan sejarah, negara pernah beberapa kali melalui keadaan darurat.


Antara yang paling diingati tentunya darurat pada Mei 1969 berikutan tragedi rusuhan kaum yang mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969.


Berikut adalah senarai darurat yang pernah dilalui negara.


Darurat Tanah Melayu
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

Semuanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945.

Selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan keluar dari hutan dan bertindak ganas.

Ramai orang telah dibunuh dengan kejam oleh mereka terutama dalam tempoh seminggu 'kekosongan kuasa' disebabkan pasukan tentera Brisih belum tiba di Tanah Melayu.

Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.







Darurat konfrontasi
Tunku Abdul Rahman pernah mengisytiharkan darurat selepas pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964.

Parlimen kemudiannya meluluskan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964 yang antara lain memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat.


Darurat Sarawak
Sarawak pernah diletakkan dalam keadaan darurat pada 14 September 1966. Ini susulan 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengisytiharkan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak.





Darurat rusuhan kaum
Tragedi berdarah 13 Mei 1969 membawa kepada darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969.

Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.


Darurat Kelantan
Pada 8 November 1977, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, telah mengisytiharkan darurat di Kelantan susulan krisis politik di negeri itu.


Parlimen meluluskan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang memberikan kuasa eksekutif negeri berkenaan kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh Perdana Menteri, manakala sultan, yang juga Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, memegang kuasa perundangan.


Darurat jerebu
Darurat jerebu pernah diisytiharkan pada 1997, 2005 dan 2013. Ia hanya membabitkan beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Johor susulan paras pencemaran udara yang sangat teruk ketika itu.







Sumber : Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info byk yg iols baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Darurat Kelantan masa tu polis berkawal kat banglo MB. Luas kawasannya. Nak buat majlis keramaian memang sesuai. Banglo tu dah bertukar tangan. Sekarang jadi ofis. Sebelum tu jadi asrama kolej jaipetra.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dharurat konfrantasi dgn Indo...zmn Soekarnoe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempoh seminggu cina komunis bintang tiga mengganas pada 1945 tu kekal dalam ingatan warga Tanah Melayu

keganasan yang hampir sama berlaku sewaktu 22 bulan cina komunis DAP berkuasa tahun 2018

abu mayat cina komunis chin peng diseludup masuk

buku propaganda komunis cuba disebar ke sekolah2

jawi dibantah tanglung disembah 7 menteri

nama jalan cuba ditulis dalam tulisan cina

Tabung Haji dilelong cina

dan banyak lagi keganasan komunis dalam bentuk berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 13-1-2021 09:21 PM
Tempoh seminggu cina komunis bintang tiga mengganas pada 1945 tu kekal dalam ingatan warga Tanah Mel ...

Jangan lupa.. pesta menuai disekolah.. pesta ponggal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.122460 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list