View: 6919|Reply: 56
|
"Ingatkan Dia Orang Terhormat, Sekarang Baru Tahu Niat Sebenar Tun M"
[Copy link]
|
|
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau sering percaya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.
"Itu benar. Sekarang kita tahu. Pada masa itu kita tidak tahu. (Kita sangka dia adalah) orang yang terhormat. Kamu berikan komitmen secara terbuka, kita percaya kamu.
"Entah bagaimana, dia kata 'tidak, tidak, tidak... bukan itu yang saya maksudkan. Kamu (harus) buktikan (sokongan majoriti) sendiri'," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu pada wawancara Sin Chew Daily yang disiarkan hari ini.
Kredit foto: The Star/South China Morning Post
Pada wawancara itu, Anwar mendakwa Dr Mahathir juga sedar sepenuhnya rancangan pemimpin Bersatu untuk menarik diri daripada Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan baharu, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.
Presiden PKR itu juga mengatakan perkara itu terbukti daripada rakaman audio mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bocor.
Anwar berkata, walaupun sekarang telah mengetahui hasrat dan niat sebenar Dr Mahathir, beliau masih terbuka untuk bekerjasama namun tidak akan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi.
"Memaafkan adalah suatu yang mulia. Inilah yang pernah dikatakan oleh Confucius dan sesuai dengan ajaran Islam," kata Anwar.
Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memilih Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, Anwar mengatakan bahawa beliau percaya naratif itu tidak benar.
"Itu versi Dr Mahathir. Saya percaya Guan Eng," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku terlalu mengantukkkk.. bg aku bantal.pls |
|
|
|
|
|
|
|
So Langkah Sabah tu sbb nak rebut jawatan PM ka?
Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memilih Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, Anwar mengatakan bahawa beliau percaya naratif itu tidak benar. |
|
|
|
|
|
|
|
sembang lah hang..
kat PD pun banyak sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Warisan pun tidak memperolehi sokongan majority...malah kurang mendapat sokongan daripada DSAI.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawatan PM tu memang boleh pass2 gitu je ehh.. Aku pun nak..
|
|
|
|
|
|
|
|
so atok la kepala lgkah sheraton? sbb dah sedar maka heols terus letak jawatan sbb xnk bg bangnon?
smpai harini aku pelik kenapa abah digelar pgkhianat sedangkan atok yg lepaskan jawatan. hbis klau xde lgkah sheraton, confirm bangnon dah jd pm kan? yg atok pulak klau nk letak jawatan kenapa x serah ke bangnon dlu?? bg i ni smua rncangan atok sbb xnk bg bangnon jd pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak reti bahasa lg tak tau la peliwat tua ni org mmg tanak ko jd PM la.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ko boleh keluar penjara cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aint at 15-1-2021 12:16 PM
oo bang non... awat hang bendui sgt... leh caya kt atok 94/95/96/97 tu...
la ni dok meratib meraban smpi kesudah dok jd PM tepi ...
oh.. tak abis2 dgn Confuciius ko tu... sbb tu ko sentiasa keliru... |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously??? Baru skrg ko tahu???org lain dh lama tahu dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang lebih je semburit ni. Kalau tiba2 pm nak pass jawatan dekat dia, dah lama dia jilat bontot Muhyiddin. Mahathir pun dia sanggup je jilat balik demi pm. Orang macam ni pkr nak angkat jadi pemimpin? Sampah.com. |
|
|
|
|
|
|
|
hang boleh kuar penjara tu kira besaq tuah la ...tak reti nk bersyukur lagi ka peliwat tua ni? hang memang suka jilat ja sapa pon pastu ujung2 kena game jugak.. najib yg sumbat hg dalam penjara tahun 2015 dulu la ni hg mau ja kan jilat dia balik asaikan boleh jadi PM... PM tepi la lu sampai mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu mahathir cakap klu kau nak jadi perdana menteri kau jilat jubo tua aku ni. Rasa nya sanggup dia buat... |
|
|
|
|
|
|
|
tak habih politik ni sampai AJM |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha, dah hang tau dia penipu, hang pi pecaya buat apa.....apa punya turrrrr
Tp x dinafikan Atok mmg superb berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 15-1-2021 11:56 AM
so atok la kepala lgkah sheraton? sbb dah sedar maka heols terus letak jawatan sbb xnk bg bang ...
kau rasa klu bangnon dah jd PM, dia nk turun ke?....sbb tu atok rela letak jawatan dik oiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
anwar dipenjara kan zaman tun mahathir, lepas tu mahathir nk bgk jawatan pm kt anwar? org |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 15-1-2021 02:28 PM
kau rasa klu bangnon dah jd PM, dia nk turun ke?....sbb tu atok rela letak jawatan dik oiiii.....
Tau xper kak..lau betul atok tu takut sgt dgn nuat bile jd pm,dah kenape atok p resign plak..situ dah bukti dah kata2 atok yg nuat ni ekceli xde majoriti langsung!! Dah la kena caras dgn mat sembab plk tu..tebal sgguh kulit nuat ni...ahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
kekal je jadi calon PM la nampaknya Anwar
Dr M dakwa DAP mahu Shafie sebagai calon PM
Diterbitkan 15 Jan 2021, 11:09 am
Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lebih cenderung memilih Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang.
Kata Mahathir, dia "tidak menentang" Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan itu sekiranya presiden PKR itu dapat membuktikan sokongan majoriti ahli parlimen.
Ditemubual di stesen radio BFM 89.9 pagi ini, bekas perdana menteri itu menafikan tanggapan yang mengatakan dia tidak meletakkan keyakinan kepada Anwar untuk menggantikannya dan menegaskan bahawa dia sememangnya berniat untuk menyerahkan jawatan berkenaan.
"Tidak, saya tidak menentangnya, tetapi dia mahu saya mengundurkan diri sebelum saya menyelesaikan tugas saya. Saya beritahu dia, saya akan berundur.
"Malah, saya beritahu beri saya enam bulan kerana saya mempunyai tugas yang harus dilakukan [...]," katanya semasa segmen Breakfast Grille.
"Ya dia akan menjadi perdana menteri tetapi ada satu hal yang harus anda terima, bahawa dia (mesti) mendapat sokongan majoriti.
"Saya tidak dapat menentukannya, saya tidak boleh mengatakan 'anda menjadi perdana menteri'. Anda mesti mendapat sokongan majoriti anggota parlimen,” jelasnya.
Ditanya mengapa dia berpendapat Shafie adalah calon perdana menteri yang lebih baik daripada Anwar, Mahathir menuding jari kepada Lim.
Dia juga berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) memerlukannya untuk menarik minat pengundi Melayu.
"Ini pandangan Guan Eng, DAP.
"Anwar sama sekali tidak mahu saya berada di sana (sebagai perdana menteri). Tetapi jika saya tidak berada di sana, orang Melayu tidak akan menyokong PH. Dan dia tidak akan dapat menjadi perdana menteri,” jawabnya.
Malaysiakini telah menghubungi Lim untuk mendapatkan ulasan balas.
Jun lalu, Mahathir secara terbuka menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang berikutan pertemuan dengan pemimpin tertinggi DAP dan Amanah.
Pada masa itu, DAP dan Amanah telah mengusulkan agar PH membincangkan cadangan tersebut.
PKR kemudian menegaskan mereka tetap mahu Anwar sebagai calon perdana menteri.
Pejuang tak akan kerjasama dengan pemimpin ada kes mahkamah
Sejak disingkir dari Bersatu tahun lalu, Mahathir mengasaskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini menolak permohonan Pejuang untuk didaftarkan sebagai parti politik.
Ditanya dengan siapa Pejuang ingin bekerjasama dalam pilihan raya akan datang, Mahathir tidak menjawab secara langsung, namun tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno.
Bagaimanapun, jelas Mahathir, Pejuang tidak akan bekerjasama dengan ahli politik yang telah didakwa di mahkamah.
"arti utama harus bekerjasama dengan kami untuk membentuk kerajaan kerana dalam pilihan raya, kemungkinan besar baik kiri mahupun kanan, baik Perikatan Nasional (PN) atau PH, akan sukar mendapat majoriti yang jelas," katanya.
"Saya tidak akan bekerjasama dengan orang yang didakwa di mahkamah atas sesuatu kesalahan. Sama ada mereka didapati bersalah atau tidak, kerana orang tahu mereka bersalah," tambah Mahathir.
Selain Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi, Pejuang dianggotai oleh Mukhriz Mahathir (Jitra), Shahruddin Salleh (Sri Gading) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).
Tiga Adun Selangor - Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram) dan Sallehuddin Amiruddin (Kuang) - juga telah menyatakan kesetiaan mereka kepada Pejuang.
Senator Marzuki Yahaya juga adalah sebahagian dari Pejuang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|