View: 3575|Reply: 20
|
Kisah Hidup Hangat Jadi Bualan, To'ki Rasa Diri Bagai Superstar
[Copy link]
|
|
Penyanyi popular era 1990-an, To'ki merasakan hidupnya bagaikan 'superstar' apabila kisah hidupnya hangat diperkatakan, tahun lalu.
Kedaifan hidup To'ki, 54, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 49, yang tinggal di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang tular masih mendapat perhatian ramai hingga hari ini.
Kredit foto: Berita Harian
"Saya seperti penyanyi nombor satu dalam Malaysia selepas berita tersebar. Ini kerana, undangan persembahan juga banyak. Semakin hari semakin bertambah, cuma pergerakan agak terbatas ketika pandemik COVID-19 ini.
"Terasa rugi kembali meletup ketika pandemik COVID-19, tetapi saya perlu bersabar. Alhamdulillah, bakat saya orang luar nampak semula.
"engikut dalam laman sosial, Facebook (FB) juga bertambah dua kali ganda daripada kisah sebelum ini yang pernah tular," katanya kepada BH Online.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Seni Berzaman dan Biasan itu percaya peminat selesa melihat caranya berkomunikasi dalam FB.
"Saya bersyukur biarpun tidak pernah diangkat dalam program realiti seperti Gegar Vaganza atau Anugerah Bintang Popular BH, tetapi saya tetap diingati.
"Selain itu, saya beroleh 'syurga' apabila selesa duduk di rumah baharu. Hubungan renggang dengan anak-anak pula semakin baik, mereka ada datang melawat," katanya.
Kredit foto: Berita Harian
To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah. Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff kepada To'ki di kediaman berkenaan pada Julai tahun lalu.
Bukan hanya kediaman selesa disediakan, malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Biasan itu tidak perlu membayar sewa bulan selama setahun. PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti perabot rumah, komputer riba dan kewangan.
Sebelum ini, anak kedua, Noor Hidayah pernah memuat naik entri mendakwa To'ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.
Namun, di sebalik apa yang berlaku, ada hikmah manis apabila anak-anak terbuka hati bertemu To'ki selepas membaca nasihat netizen. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..
To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah. Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff kepada To'ki di kediaman berkenaan pada Julai tahun lalu.
Bukan hanya kediaman selesa disediakan, malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Biasan itu tidak perlu membayar sewa bulan selama setahun. PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti perabot rumah, komputer riba dan kewangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya seperti penyanyi nombor satu dalam Malaysia selepas berita tersebar. Malaysia ada sorang jelah penyanyi nombor satu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni selalu bila bagi statement, berdegar2 kemain.. |
|
|
|
|
|
|
|
toki ni boleh je jadi superstar andai tokki pandai jaga diri, adab dan kisah peribadi. Lagu asli , lagu rock malah lagu balada juga boleh nyanyi...dia mampu jadi spt jamal abdillah, Mnasir, Sm Salim..tapi itulah tidak pandai menjaga itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kenapa statement mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga tular macam tu punya sebab? |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi no 1 tokti dan toki...ok la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat suka lagu hampa dan biasan |
|
|
|
|
|
|
|
Pnh dipaksa nyanyi lagu Naluri Cinta oleh cikgu masa dlm kelas.. |
|
|
|
|
|
|
|
die ni graduate rumah pengasih jgk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dari semasa ke semasa eloklah AADK ketuk pintu dan buat urine test. |
|
|
|
|
|
|
|
High lagi la nih! |
|
|
|
|
|
|
|
sore sedap toki nyanyi..ada satu lagu tu aku cukup suka.
sapa ingt tolong bgitau.
tepek vidio ke |
|
|
|
|
|
|
|
masalah nya kisah org puji tinggi melangit ke ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 15-1-2021 11:22 AM
Pnh dipaksa nyanyi lagu Naluri Cinta oleh cikgu masa dlm kelas..
Sian nya ko dek.. takpe kalu ikhlas nyanyi walao pon pakse rela |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki mendadih...sampai bila2 idop kao X tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab retis..penagih yg pilih jalan camtu dibantu jugak..kalau penagih lain ditapak kakikan saja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|