CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 17

[Tempatan] 17 Jan. Di Semenanjung hanya Cameron Highlands masih daerah Zon Hijau

[Copy link]
Post time 18-1-2021 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Hanya Cameron Highlands daerah Zon Hijau di Semenanjung
Oleh Noor Azizah Mokhtar - Januari 18, 2021 @ 12:09am



KUALA LUMPUR: Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Januari lalu hingga semalam, menunjukkan hanya daerah Cameron Highlands di Semenanjung, bertahan sebagai Zon Hijau iaitu tiada kes positif wabak COVID-19.

Untuk tempoh sama, status terkini taburan kes positif COVID-19, menunjukkan Zon Hijau di Sarawak turut menurun kepada 14 daerah semalam, berbanding 16 daerah kelmarin.

Semua daerah di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan lebih daripada 40 kes positif.

Di Johor, hanya satu daripada 10 daerah, iaitu Tangkak dikategorikan Zon Kuning dengan 12 kes, manakala sembilan lagi sudah bertukar Zon Merah.

Perlis yang dikategorikan sebagai satu daerah iaitu Kangar, semakin menghampiri status Zon Merah, apabila merekodkan 39 kes setakat semalam.

Daerah Klang di Selangor menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan penularan pandemik COVID-19 di negara ini, apabila setakat kelmarin, merekodkan 4,910 kes jangkitan.

Selain Klang, daerah lain di Selangor yang mencatat jumlah tinggi adalah Hulu Langat (2,324 kes); Petaling (1,744 kes); Gombak (1,064 kes); Sepang (1,080 kes); Kuala Langat (665 kes), Kuala Selangor (359 kes), Hulu Selangor (144) dan Sabak Bernam 49 kes.

Sebanyak 2,134 kes COVID-19 dikesan di Pulau Pinang dengan daerah Barat Daya mencatat jumlah tertinggi dengan 898 kes, diikuti Timur Laut (541), Seberang Perai Tengah (256), Seberang Perai Selatan (244) dan Seberang Perai Utara (195).

Melaka mencatat 548 kes dengan 375 kes dilaporkan di Melaka Tengah; 113 kes di Jasin dan 60 kes lagi di Alor Gajah.

Empat daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 3,838 kes, Putrajaya (258) dan Labuan (179).

Jumlah jangkitan COVID-19 di Johor adalah kedua tertinggi di negara ini dengan 6,687 kes keseluruhan dan Johor Bahru mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 2,151 kes diikuti Muar (1,907), Kulai (1,219), Kota Tinggi (361), Batu Pahat (359), Pontian (288) dan Kluang (255).

Mersing dan Segamat mencatat kes di bawah 100 iaitu masing-masing dengan 82 kes dan 53 kes.

Di Kelantan, daerah Jeli dikategorikan sebagai Zon Kuning dengan 12 kes, manakala Pasir Mas dikategorikan sebagai Zon Jingga dengan 37 kes.

Bagaimanapun, lapan lagi daerah di negeri itu dilabelkan sebagai Zon Merah dengan Kota Bharu mencatat kes tertinggi dengan 288 kes, diikuti Bachok (126 kes), Gua Musang (122 kes); Tumpat (93 kes); Kuala Krai (79 kes); Tanah Merah (75 kes); Machang (78 kes) dan Pasir Puteh (49 kes).

Untuk tempoh sama, data KKM menunjukkan sebanyak 1,774 kes positif COVID-19 dicatatkan di Negeri Sembilan, 782 kes di Kedah, Perak (763), Pahang (581) dan Terengganu (387).

Bagi semua enam negeri itu, sebahagian besar daerah dilabelkan sebagai Zon Merah, Jingga dan Kuning, kecuali Cameron Highlands sebagai Zon Hijau.

Sementara itu, data sama menunjukkan sebanyak 5,775 kes COVID-19 dicatatkan di Sabah dan tiga daerah tertinggi kes itu adalah Kota Kinabalu dengan 1,053 kes, diikuti Tawau (607 kes) dan Lahad Datu (600 kes).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu xde sekatan rentas neg dgn daerah mau menderu org p naik Cameron dgn berita hijau ni

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana jadi lagu tu? Kan semua pelancong China dah disekat hampir 1 tahun? Masih kajian demi kajian ka? Coronapalatau
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:57 AM | Show all posts
mustahil!!!.... kan ramai hari tu berpiknik kat cameron selain lgkawi dan melaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cameron Highland takda klinik kesihatan ke. Asal swab test je lari ke kaki gunung

Komen bodoh aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 07:41 AM | Show all posts
tahniah cameron highlands...

yg komen vudus atas psl camana ada cobid, sila tgk berita... cobid di mana2 shj la ni... asalnya dari wuhan, China... in case tak membaca la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 18-1-2021 10:55 AM
supernaturalee replied at 18-1-2021 12:59 AM
Klu xde sekatan rentas neg dgn daerah mau menderu org p naik Cameron dgn berita hijau ni


Setuju
Ini ada Uni yang dah arahkan students balik ke campus
Hari tu KPT announced start bulan March sekarang pusing dah suruh masuk
Students yang dari negeri PKP iaitu Selangor ke Melaka dah di arahkan juga balik ke campus
KPT ni memang nak naikkan kes ke haperrr
Semalam ada laporan Kolej Matrik Kuala Pilah di Negeri Sembilan have been sanitised so meaning dah ada kes positive
Tak boleh ke KPT ikut perancangan asal iaitu kemasukkan March
Students pun sekarang tengah belajar online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:58 AM | Show all posts
aku cam ragu2 CH green zone.. bak kata org di atas.. tade clinic kot hahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:33 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 18-1-2021 10:53 AM
Setuju
Ini ada Uni yang dah arahkan students balik ke campus
Hari tu KPT announced start bulan ...

mujur tempat iols masih teruskan online learning mode... la ni sume kene paksa wfh... sume kerana bahana staff byk pi holiday end of last year.. takut bawak balik kobid bos suh wajib wfh... pening juga... byk physical doc yg nak kene sign physical sign ade byk... bos pun x balik sini lagi sbb pkp... makanya... temenung jap.... buat keje2 lain dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 18-1-2021 07:05 AM
Cameron Highland takda klinik kesihatan ke. Asal swab test je lari ke kaki gunung

Komen bodoh aku

Ada tapi level hospital kerajaan untuk orang asli sajo katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cameron highlands tu ada je kes 2 Jan 2021, lps tu sembuh 7 Jan 2021 kalau tak silap, tu sbb nampak mcm takde kes, sbb kes aktif dah kosong. jumlah kes 5, kes aktif 0
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:57 PM | Show all posts
dekat dalam gua tempurung takde kes pun... takde sape tertanya ke or nak bukak artikel...
bawah jambatan pulau pinang tu pun takde kes...

kat pulau perhentian pun takde kes...

di lembah bujang yang dah roboh tu pun takde kes...

bermuda triangle tu pun takde kes... takde pun yang berkutik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 05:21 PM | Show all posts
Dah tak boleh cuti2 Malaysia mana tak kembali hijau.  Pada hal masa cuti tahun baru aritu ada je kes sebab masa tu dibenarkan cuti2 Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha tak pcaya aku... Naik pekak lah tiap weekend riders batak bermotor besor menderu naik ke cameron.. Mujur polis dh block jalan ke ch kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kemeren ada jgk sb kemain ramai yg bcuti sakan kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada patient yg balik bercuti from cameron kena covid. Sama macam kes Langkawi. Mungkin orang local di cameron berkurung kat rumah, tak kena jangkit, who knows.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tidak lagi{:handsome
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.927373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list