CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 3

Tular Motosikal Atas Peti Surat. Rupanya Salah Faham, Pemilik Tak Salah

[Copy link]
Post time 18-1-2021 03:49 PM | Show all posts |Read mode







Sejak semalam, tular beberapa foto di media sosial memaparkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang diangkat dan diletakkan di atas peti surat sebuah apartment di Pulau Pinang dipercayai kerana diletakkan di petak kuning sehingga mengganggu laluan keluar masuk ke apartment tersebut.


Foto tersebut difahamkan mula tersebar sebaik ianya diletakkan di atas peti surat berkenaan pada hari Sabtu malam Ahad menyebabkan netizen meninggalkan komen sinis kepada pemiliknya.


Namun menerusi laporan Kosmo, seorang saksi yang juga penduduk flat berhampiran berkata kejadian berlku bukan disebabkan sikap pemilik motosikal berkenaan.







Sebaliknya ia berlaku selepas seorang pemilik motosikal lain telah bertindak menolak motor jenis yamaha LC itu ke petak kuning sewaktu mahu mengambil motosikalnya. Dia bagaimanapun tidak mengalih motor berkenaan kembali ke tempat asal.


“Berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning.







“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama.


“Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada portal Kosmo!


Malah setakat malam semalam motorsikal berkenaan masih lagi berada di atas peti surat berkenaan walaupun sudah 24 jam ia masih berlaku.








SOURCE: KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 04:16 PM | Show all posts
kekadang perangai PPR ni yg buat dorg mmg di pandang rendah. cuba bincang, tanya leklok. haih tak paham haku
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:24 PM | Show all posts
Panggil ler kawan2 datang bantu tolong turunkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Gengster PPR le tu. Motor je pun boleh je tolak sikit. Suka la tu dpt menyusahkan org.

Zaman duk apt sama la kalu parking terkeluar line pun padahal kereta sebelah menyebelah dah salah.

Last2 kita yg org ingat parking terkeluar padahal kita pun menyelit malam sebelumnya lmao.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.141223 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list