View: 2163|Reply: 10
|
Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin selepas seorang pelajar didapati postif Covid
[Copy link]
|
|
Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... -lipis-dikuarantin/
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
20 Januari 2021, 5:00 pm
Kesemua pelajar tingkatan lima MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan SPM dikuarantin.
LIPIS – Kesemua pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin selepas seorang pelajar didapati positif Covid-19 semalam.
Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.
“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.
“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Katanya, pemindahan pelajar berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.
“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,”ujarnya. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Calon SPM Positif COVID-19, Pelajar MRSM Lipis Dikuarantin
LIPIS: Kumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.
"emindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala (bilangannya) meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.
"Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif COVID-19 dan dihantar ke hospital," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Katanya, pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.
"Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin," ujarnya.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tula..aritu elok2 budak SPM di asrama..
Mak bapak sibuk nak keluarkan anak masing2..
Dh lama tak jumpa la.. rindu la..
Skrg balik ke asrama masing2..dah ada yang positif covid-19.
SPM tk lama lagi ni.
Bertabahlah ya semua..
Moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru jd kat 1 sekolah. Kesian sgt yg nak ambik spm 2020 n 2021. Cpt2 la kovid ni pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat akak pon sorang positif. Hmmmmmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Patut swabtest dulu sblom masuk asrama..kpm fail
X jaga kebajikan stodent |
|
|
|
|
|
|
|
adik2 calon spm, harap bertabah. Risiko lah kalau dah ke sana ke sini balik kampung jalan2. Kita jaga, tak semestinya orang lain jaga.
Teringat suasana kabus tebal pagi2. |
|
|
|
|
|
|
|
slamat berkuarantin dan mengambil peperiksaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sian bdk2 ni..kkdg mak ayh pun selfish. Balik dr redzone x reti kuarantin. Aku tgk status wasap parent..kemain bwk ank coti-coti malaysia kt redzone. Yg redzone pun berbondong2 msuk negeri greenzone..ni la akibatnya..abis sume negeri ad kes.. x psl2 PKP. Hari tu kes prn sabah beria sgt bidas org. Ni byk kes balik kg, ckp nk buat cmne..nk jd.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun
Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah swt kpd semua pelajar2 MRSM Kuala Lipis, guru2 dan petugas2 pentadbiran, org2 kantin dan semuanya. Insya Allah
Ada ibubapa yg mementingkan diri sendiri.
Bila ada rakan rapat/ rakan sekerja mereka kena covid, diaorg buat swab test dan negatif. Patutnya diaorg kuarantin diri selama 10 hari lagi. Tapi tak dilakukan, diaorg teruskan kehidupan seharian seperti biasa. Then swap test kali kedua, positif. Bayangkan berapa ramai org lain yg tlh dijangkiti termasuk ahli keluarga sendiri. Inilah yg auntie kategorikan sbg tindakan selfish & kurang bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
moga calon spm bertabah.. ujian betul untuk kite semua.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|